Remaja
Lampiran


“Lampiran”, Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan (2022)

“Lampiran”, Untuk Kekuatan Remaja

Bait Suci Barranquilla Colombia

Lampiran

Salah satu cara untuk menilai kemajuan anda di jalan perjanjian adalah untuk merenungkan soalan-soalan di bawah. Ini ialah soalan yang akan dikemukakan kepada anda apabila anda ditemu duga untuk menerima kad rekomen bait suci, tetapi jangan tunggu untuk temu duga. Buat pemeriksaan rohani anda sendiri. Tema Remaja Puteri, Tema Kuorum Imamat Harun dan Sepuluh Perintah juga merupakan alat yang berguna untuk penilaian kendiri anda.

ikon bait suci

Soalan kad rekomen bait suci untuk remaja

Adakah anda mempunyai iman dan satu kesaksian tentang Tuhan Bapa yang Abadi, Putera-Nya, Yesus Kristus dan Roh Kudus?

Adakah anda mempunyai kesaksian tentang Korban Tebusan Yesus Kristus dan peranan-Nya sebagai Juruselamat dan Penebus anda?

Adakah anda mempunyai kesaksian dalam Pemulihan Injil Yesus Kristus?

Adakah anda menyokong Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sebagai nabi, pelihat, pewahyu dan hanya dia sahaja dalam dunia ini diberi kuasa untuk menjalankan semua kunci imamat? Adakah anda menyokong Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat dan pewahyu? Adakah anda menyokong Penguasa Umum yang lain serta pemimpin tempatan Gereja?

Tuhan telah berfirman bahawa segala hal “dilakukan dalam kebersihan” di hadapan-Nya (Ajaran dan Perjanjian 42:41). Adakah anda berusaha untuk menjaga fikiran dan kelakuan dengan kebersihan moral? Adakah anda mematuhi hukum kemurnian akhlak?

Adakah anda mengikuti ajaran-ajaran Gereja Yesus Kristus dalam kelakuan anda secara peribadi dan awam dengan ahli-ahli keluarga dan orang lain?

Adakah anda menyokong atau menggalakkan pengajaran, amalan atau ajaran yang bertentangan dengan ajaran dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir?

Adakah anda berusaha untuk menguduskan hari Sabat sebagai hari yang suci, di rumah dan juga di gereja; menghadiri pertemuan gereja; bersedia dan layak mengambil sakramen; serta menjalankan hidup anda selaras dengan hukum dan perintah injil?

Adakah anda berusaha untuk jujur dalam semua perbuatan anda?

Adakah anda pembayar persepuluhan penuh?

Adakah anda memahami dan mematuhi Kata-kata Bijaksana?

Adakah anda mempunyai dosa-dosa besar yang perlu diselesaikan dengan penguasa imamat sebagai sebahagian daripada pertaubatan anda?

Adakah anda menganggap diri anda layak untuk memasuki rumah Tuhan dan menyertai dalam tatacara bait suci?

Tema Remaja Puteri

Saya ialah anak perempuan kepada ibu bapa syurgawi yang dikasihi, dengan sifat ilahi dan takdir abadi.

Sebagai seorang pengikut Yesus Kristus, saya berusaha untuk menjadi seperti-Nya. Saya mencari dan bertindak ke atas wahyu peribadi dan melayani orang lain dalam nama-Nya yang kudus.

Saya akan berdiri sebagai saksi bagi Tuhan pada setiap waktu dan dalam segala hal, dan di setiap tempat.

Dalam usaha saya untuk melayakkan diri bagi permuliaan, saya menghargai kurnia pertaubatan dan berusaha untuk memajukan diri setiap hari. Dengan iman, saya akan mengukuhkan rumah tangga dan keluarga saya, membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian kudus, dan menerima tatacara serta berkat bait suci.

Tema Kuorum Imamat Harun

Saya ialah anak lelaki yang dikasihi Tuhan, dan Dia mempunyai suatu pekerjaan untuk saya lakukan.

Dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatan saya, saya akan mengasihi Tuhan, mematuhi perjanjian saya, dan menggunakan imamat-Nya untuk melayani orang lain, bermula dari rumah saya sendiri.

Dalam usaha saya untuk melayani, menjalankan iman, bertaubat, dan maju pada setiap hari, saya akan layakkan untuk menerima berkat bait suci serta kebahagiaan injil yang berterusan.

Saya akan bersiap sedia untuk menjadi seorang misionari yang tekun, suami yang setia, dan bapa yang penyayang dengan menjadi seorang pengikut Yesus Kristus yang benar.

Saya akan membantu mempersiapkan dunia ini untuk kedatangan Juruselamat dengan menjemput semua orang datang kepada Kristus dan menerima berkat Korban Tebusan-Nya.

ikon orang sedang membaca peta

Sepuluh Perintah

Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja.

Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apa pun.

Janganlah kamu menggunakan nama Tuhan Rajamu dengan sia-sia.

Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci.

Hormatilah ayahmu dan ibumu.

Jangan membunuh.

Jangan berzina.

Jangan mencuri.

Jangan berikan kesaksian palsu tentang orang lain.

Jangan ingini kepunyaan orang lain.

Lihat Keluaran 20:3–17.

Dua orang budak lelaki dalam pakaian kemeja, salah seorang sedang mengikat tali lehernya.