“19. Muzik,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).
“19. Muzik,” Pilihan dari Buku Panduan Umum
19.
Muzik
19.1
Tujuan Muzik dalam Gereja
Muzik kudus meningkatkan iman kepada Yesus Kristus. Ia menjemput Roh dan mengajar ajaran. Ia juga mencipta perasaan ketakziman, menyatukan ahli, dan menyediakan cara untuk menyembah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.
19.2
Muzik di Rumah
Melalui para nabi-Nya, Tuhan menggalakkan individu dan keluarga untuk menggunakan muzik yang mengangkat dalam hidup harian mereka.
Rakaman muzik Gereja boleh didapati dari sumber berikut:
-
Aplikasi Sacred Music
-
Aplikasi Gospel Library
19.3
Muzik dalam Pertemuan Gereja
19.3.1
Merancang Muzik untuk Pertemuan Gereja
Penyelaras muzik bahagian dan pancang serta pemimpin imamat merancang muzik untuk acara penyembahan. Mereka memilih muzik yang menaikkan semangat penyembahan dalam pertemuan.
19.3.2
Muzik dalam Pertemuan Sakramen
Muzik dalam pertemuan sakramen termasuk nyanyian lagu rohani jemaah untuk membuka dan menutup pertemuan dan sebelum pelaksanaan sakramen. Lagu rohani sakramen harus merujuk kepada sakramen atau pengorbanan Juruselamat.
Muzik pendahuluan dimainkan semasa ahli berkumpul sebelum pertemuan. Selepas doa penutup, satu muzik penutup dimainkan semasa ahli meninggalkan pertemuan itu.
Pertemuan sakramen juga boleh termasuk lagu rohani jemaah tambahan yang dinyanyikan di pertengahan pertemuan itu—contohnya, di antara ucapan.
19.3.3
Muzik dalam Kelas dan Pertemuan Bahagian Yang Lain
Para pemimpin menggalakkan pengajar untuk menggunakan lagu rohani dan muzik kudus yang lain untuk menambah pengajaran mereka.
19.3.6
Alat Muzik
Alat muzik secara langsung biasanya digunakan untuk muzik pendahuluan dan penutup dan untuk iringan lagu rohani dalam pertemuan Gereja. Jika tersedia dan ahli boleh memainkannya, organ dan piano adalah alat muzik standard. Lembaga uskup boleh mengizinkan alat muzik lain untuk menemani nyanyian jemaah, untuk muzik pendahuluan dan penutup, dan dalam pilihan muzik yang lain.
Jika piano, organ, atau iringan tidak tersedia, rakaman boleh digunakan (lihat 19.2).
19.3.7
Koir
19.3.7.1
Koir Bahagian
Jika ahli cukup, bahagian boleh mengatur koir yang menyanyi dalam pertemuan sakramen dengan kerap.
Selain dari koir bahagian, keluarga dan kumpulan wanita, lelaki, remaja, atau kanak-kanak boleh dijemput untuk menyanyi dalam pertemuan Gereja.
19.4
Kepimpinan Muzik di Bahagian
19.4.1
Lembaga Uskup
Uskup bertanggungjawab atas muzik bahagian. Dia boleh tugaskan tanggungjawab ini kepada salah seorang penasihatnya.
19.4.2
Penyelaras Muzik Bahagian
Penyelaras muzik bahagian melayani di bawah arahan lembaga uskup. Dia bertanggungjawab untuk:
-
Menjadi sumber kepada lembaga uskup dan pemimpin bahagian lain dalam hal-hal muzik.
-
Dia dan lembaga uskup merancang muzik untuk pertemuan sakramen (lihat 19.3.1 dan 19.3.2).
-
Atas permintaan lembaga uskup, cadangkan ahli untuk melayani dalam panggilan muzik bahagian. Mengajar mereka yang melayani dalam panggilan ini, menyokong, memberi arahan dan latihan jika perlu.
19.4.3
Panggilan Tambahan
Lembaga uskup boleh memanggil ahli untuk melayani dalam panggilan berikut.
19.4.3.1
Pemimpin Muzik Bahagian
Pemimpin muzik memimpin lagu rohani jemaah untuk pertemuan sakramen dan untuk pertemuan bahagian lain seperti yang diminta.
19.4.3.2
Pemain Piano Bahagian
Pemain piano bahagian menyediakan muzik pendahuluan dan penutup serta iringan untuk lagu rohani semasa pertemuan sakramen dan pertemuan bahagian lain seperti yang diminta.
19.7
Polisi dan Panduan Tambahan
19.7.2
Penggunaan Peralatan Tempat Pertemuan untuk Latihan, Arahan Persendirian, dan Ucapan
Apabila tidak ada alternatif yang munasabah, para pemimpin imamat boleh membenarkan penggunaan piano dan organ dalam gereja untuk latihan, pembelajaran berbayar secara peribadi dan resital yang melibatkan ahli-ahli unit yang menggunakan bangunan pertemuan.