Buku Panduan dan Panggilan
36. Mencipta, Mengubah dan Menamakan Unit Baharu


“36. Mencipta, Mengubah dan Menamakan Unit Baru,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“36. Mencipta, Mengubah dan Menamakan Unit Baru,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

lelaki berucap di pertemuan sakramen

36.

Mencipta, Mengubah dan Menamakan Unit Baharu

36.0

Pengenalan

Ahli Gereja tergolong dalam jemaah berdasarkan tempat tinggal mereka (lihat Mosia 25:17–24). Jemaah ini penting untuk mengatur dan membuat kerja Gereja di bawah wewenang imamat yang sepatutnya.

Jemaah Gereja (juga dipanggil unit) termasuk pancang, daerah, bahagian, dan cabang. Ia dicipta, diubah, atau dihentikan jika perlu.

Pemimpin berusaha meningkatkan kekuatan rohani para ahli sebelum mencadangkan penciptaan unit baharu atau mengubah sempadan unit. Unit baharu hanya dicipta apabila unit-unit yang sedia ada cukup kuat.

Untuk sokongan di Amerika Syarikat dan Kanada, hubungi 1-801-240-1007. Di luar Amerika Syarikat dan Kanada, hubungi pejabat kawasan.