Buku Panduan dan Panggilan
21. Pelayanan


“21. Pelayanan,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“21. Pelayanan,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

para lelaki mengangkat batu

21.

Pelayanan

21.0

Pengenalan

Pelayanan bermaksud melayani orang lain seperti Juruselamat (lihat Matius 20:26–28).

Tuhan mahu semua ahli Gereja-Nya mendapat penjagaan itu. Oleh itu, pemegang imamat ditugaskan sebagai pelayan saudara kepada setiap keluarga. Pelayan saudari ditugaskan kepada setiap saudari dewasa.

21.1

Tanggungjawab Pelayan Saudari dan Saudara

Pelayan saudara dan saudari ada tanggungjawab berikut kepada individu dan keluarga yang ditugaskan:

  • Bantu mereka menguatkan iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

  • Bantu mereka bersedia untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus dengan Tuhan semasa menerima tatacara.

  • Kenal pasti keperluan dan mengasihi, menjaga dan melayani seperti Kristus.

  • Bantu mereka menjadi berdikari secara rohani dan duniawi.

21.2

Mengatur Pelayanan

21.2.1

Membuat Tugasan

Presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan dengan penuh doa mempertimbangkan tugasan untuk pelayan saudara dan saudari. Biasanya mereka tugaskan dua saudara atau dua saudari sebagai rakan. Mereka mendapatkan kelulusan uskup untuk rakan pelayanan dan tugasan.

Pasangan suami isteri boleh ditugaskan untuk melayani seseorang atau keluarga.

Pelayan saudara dan saudari tidak dipanggil, disokong, atau ditetapkan.

21.2.2

Tugasan Pelayanan untuk Remaja

Seorang remaja puteri boleh menjadi rakan pelayanan kepada seorang saudari Lembaga Pertolongan apabila remaja puteri itu sedia dan mampu. Dia boleh mula melayani pada tahun dia akan berumur 14 tahun.

2:30

Seorang remaja putera boleh menjadi rakan pelayanan kepada pemegang Imamat Melkisedek apabila dia ditahbiskan pada jawatan pengajar atau imam.

21.3

Temu duga Pelayanan

2:34

Presiden kuorum penatua dan para penasihatnya menemu duga para pelayan saudara. Presiden Lembaga Pertolongan dan para penasihatnya menemu duga para pelayan saudari.

Temu duga ini diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun.

Tujuannya adalah untuk:

  • Berunding tentang kekuatan, keperluan, dan cabaran individu dan keluarga yang ditugaskan.

  • Bincangkan cara untuk membantu mereka bersedia untuk menerima tatacara jika perlu.

  • Pertimbangkan bagaimana kuorum penatua, Lembaga Pertolongan, majlis bahagian, dan yang lain boleh membantu.

  • Mengajar dan menggalakkan pelayan saudara dan saudari.

21.4

Menyelaras Usaha Pelayanan

2:49

Presidensi Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua bertemu bersama sekurang-kurangnya setiap suku tahun. Mereka menyemak apa yang mereka telah pelajari dalam temu duga pelayanan (lihat 21.3). Mereka juga menyelaras tugasan pelayanan.

Dalam unit-unit yang ada sedikit ahli yang aktif, Presidensi Lembaga Pertolongan dan presidensi kuorum penatua boleh memutuskan untuk tidak tugaskan pelayan saudari dan pelayan saudara kepada sesetengah ahli.