“23. Berkongsi Injil dan Menguatkan Ahli Baharu dan Yang Kembali,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).
“23. Berkongsi Injil dan Menguatkan Ahli Baharu dan Yang Kembali,” Pilihan dari Buku Panduan Umum.
23.
Berkongsi Injil dan Menguatkan Ahli Baharu dan Yang Kembali
23.0
Pengenalan
Jemput semua untuk menerima injil adalah sebahagian dari kerja penyelamatan dan permuliaan (lihat 1.2 dalam buku panduan ini; Matius 28:19–20). Ia termasuk:
-
Terlibat dalam kerja misionari dan melayani sebagai misionari.
-
Membantu ahli Gereja baru dan ahli yang kembali semula berkembang di sepanjang jalan perjanjian.
23.1
Kongsi Injil
23.1.1
Kasih
Satu cara kita menunjukkan kasih kepada Tuhan adalah dengan mengasihi dan melayani anak-anak-Nya (lihat Matius 22:36–39; 25:40). Kita berusaha untuk mengasihi dan melayani seperti Yesus Kristus. Kasih ini mengilhami kita untuk menjangkau semua agama, bangsa, dan budaya (lihat Kisah Rasul-Rasul 10:34; 2 Nefi 26:33).
23.1.2
Kongsi
Kerana kita kasihi Tuhan dan anak-anak-Nya, kita mahu berkongsi berkat yang Dia berikan kepada kita (lihat Yohanes 13:34–35) dan membantu mengumpulkan Israel. Kita berusaha untuk membantu orang merasa kebahagiaan yang kita rasai (lihat Alma 36:24). Kita sering bercakap tentang Juruselamat dan pengaruh-Nya dalam hidup kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 60:2). Kita berkongsi hal-hal ini dalam cara biasa dan semula jadi dalam interaksi peribadi, atas talian, dan interaksi lain.
23.1.3
Jemput
Kita berdoa untuk ilham dan bimbingan tentang cara menjemput orang lain untuk:
-
Datang dan lihat berkat yang tersedia melalui Yesus Kristus, injil-Nya, dan Gereja-Nya (lihat Yohanes 1:37–39, 45–46).
-
Datang dan bantu kita melayani orang yang memerlukan.
-
Datang dan tergolong dalam Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan.
Sering kali, menjemput bermaksud memasukkan keluarga, kawan dan jiran kita dalam apa yang kita sedang lakukan.
23.2
Menguatkan Ahli Baharu
Setiap ahli baharu memerlukan persahabatan, peluang melayani dan pemeliharaan rohani. Sebagai ahli Gereja, kita mengasihi dan menyokong ahli baharu (lihat Mosia 18:8–10). Kita membantu mereka merasa tergolong dalam Gereja. Kita membantu mereka maju di sepanjang jalan perjanjian dan menjadi lebih “berpaling kepada Tuhan” (Alma 23:6).
23.3
Menguatkan Ahli yang Kembali
Sesetengah ahli pilih untuk berhenti menyertai Gereja. Juruselamat berkata, “kamu harus terus melayani; kerana kamu tidak tahu adakah mereka akan kembali dan bertaubat, dan datang kepada-Ku dengan niat hati yang sepenuhnya, dan Aku akan menyembuhkan mereka; dan kamu akan menjadi sarana untuk membawa keselamatan bagi mereka” (3 Nefi 18:32).
Ahli yang tidak aktif sepenuhnya akan kembali jika mereka ada ikatan yang kuat dengan ahli Gereja. Seperti ahli baharu, mereka perlukan persahabatan, peluang melayani dan pemeliharaan rohani.
23.4
Pemimpin Pancang
23.4.1
Presidensi Pancang
Presiden pancang memegang kunci-kunci dalam pancang untuk berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali. Dia dan para penasihatnya memberi arahan menyeluruh untuk usaha ini.
Biasanya setiap bulan, presiden pancang bertemu dengan presiden misi untuk selaraskan usaha pemimpin pancang dan bahagian dan para misionari sepenuh masa.
23.4.3
Majlis Tinggi
Presidensi pancang boleh tugaskan anggota majlis tinggi untuk mengarah dan menyokong presidensi kuorum penatua dan pemimpin misi bahagian. Seorang atau lebih anggota majlis tinggi boleh ditugaskan untuk pimpin usaha ini. Walau bagaimanapun, semua anggota majlis tinggi ada tanggungjawab ini terhadap bahagian dan kuorum yang mereka ditugaskan.
23.4.4
Presidensi Lembaga Pertolongan Pancang
Di bawah arahan presiden pancang, presidensi Lembaga Pertolongan pancang mengarah dan menyokong presidensi Lembaga Pertolongan bahagian dalam tanggungjawab mereka untuk berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali.
23.5
Pemimpin Bahagian
23.5.1
Lembaga Uskup
Lembaga uskup, presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan bekerjasama pimpin usaha berkongsi injil bahagian dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali. Mereka kerap berunding bersama.
Lembaga uskup memastikan usaha ini dibincangkan dan diselaraskan dalam mesyuarat majlis bahagian dan mesyuarat majlis remaja bahagian.
Uskup menemu duga ahli baharu yang berumur sesuai untuk kad rekomen bait suci untuk membuat pembaptisan dan penetapan secara wakil (lihat 26.4.2). Dia juga menemu duga para ahli lelaki yang umur sesuai untuk menerima Imamat Harun. Dia biasanya menjalankan temu duga ini dalam seminggu selepas penetapan ahli.
23.5.2
Presidensi Kuorum Penatua dan Lembaga Pertolongan
Presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan pimpin usaha harian bahagian untuk berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali (lihat 8.2.3 dan 9.2.3).
Para pemimpin ini ada tanggungjawab berikut:
-
Bantu mengilhami ahli untuk mengasihi anak-anak Tuhan, berkongsi injil, dan menjemput orang lain untuk menerima berkat Juruselamat.
-
Tugaskan pelayan saudara dan saudari kepada ahli baharu dan yang kembali (lihat 21.2.1).
-
Memimpin usaha pemimpin misi bahagian.
Presiden kuorum penatua dan presiden Lembaga Pertolongan tugaskan seorang ahli presidensi untuk bantu memimpin usaha ini. Dua ahli presidensi ini bekerjasama. Mereka menghadiri mesyuarat penyelarasan mingguan (lihat 23.5.7).
23.5.3
Pemimpin Misi Bahagian
Lembaga uskup berunding dengan presiden pancang untuk memutuskan sama ada untuk memanggil pemimpin misi bahagian atau tidak. Orang ini haruslah pemegang Imamat Melkisedek. Jika pemimpin ini tidak dipanggil, seorang ahli presidensi kuorum penatua memenuhi peranan ini.
Pemimpin misi bahagian menyokong presidensi kuorum penatua dan presidensi Lembaga Pertolongan dalam tanggungjawab misionari mereka. Dia juga ada tanggungjawab berikut:
-
Menyelaras usaha para ahli dan pemimpin bahagian, misionari bahagian dan misionari sepenuh masa.
-
Memimpin mesyuarat penyelarasan mingguan (lihat 23.5.7).
23.5.4
Misionari Bahagian
Para misionari bahagian membantu ahli bahagian merasa kebahagiaan berkongsi injil seperti yang digambarkan dalam 23.1. Mereka melayani di bawah arahan pemimpin misi bahagian atau ahli presidensi kuorum penatua yang memenuhi peranan ini.
23.5.5
Majlis Bahagian dan Majlis Remaja Bahagian
Berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali harus kerap dibincang dalam pertemuan majlis bahagian. Uskup boleh menjemput pemimpin misi bahagian untuk menghadiri mesyuarat majlis bahagian.
Borang berikut boleh membantu perbincangan ini:
Dalam perbincangan tentang keperluan remaja dalam bahagian, majlis remaja bahagian tumpukan kepada ahli baharu dan ahli yang kembali dan kepada remaja yang misionari ajar.
23.5.7
Mesyuarat Penyelarasan
Setiap minggu, mesyuarat tidak formal yang singkat diadakan untuk menyelaraskan usaha berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali. Jika seorang pemimpin misi bahagian dipanggil, dia mengendalikan pertemuan ini. Jika tidak, ahli presidensi kuorum penatua yang memenuhi peranan ini.
Orang lain yang dijemput termasuk:
-
Ahli presidensi Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua yang ditugaskan.
-
Misionari bahagian.
-
Seorang penolong dalam kuorum imam (atau pengajar atau presiden kuorum diaken jika tiada imam dalam bahagian).
-
Seorang ahli presidensi kelas Remaja Puteri yang paling dewasa.
-
Misionari sepenuh masa.