Buku Panduan dan Panggilan
38. Polisi dan Garis Panduan Gereja


“38. Polisi dan Garis Panduan Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“38. Polisi dan Garis Panduan Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

38.

Polisi dan Garis Panduan Gereja

38.1

Penyertaan Gereja

Bapa Syurgawi mengasihi anak-anak-Nya. “Semua adalah sama bagi Tuhan,” dan Dia menjemput semua “datang kepada Dia dan mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya” (2 Nefi 26:33).

38.1.1

Kehadiran di Pertemuan Gereja

Semua orang dialu-alukan untuk menghadiri pertemuan sakramen, pertemuan hari Ahad lain dan acara sosial Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Pegawai yang memimpin bertanggungjawab untuk pastikan semua yang hadir menghormati kekudusan itu.

Orang yang hadir harus menggelakkan gangguan yang bertentangan dengan penyembahan atau tujuan pertemuan yang lain. Semua peringkat umur dan kelakuan di pertemuan dan acara Gereja yang berbeza harus dihormati. Ini termasuk menahan diri dari kelakuan romantis terbuka dan dari pemakaian atau dandanan yang mengganggu. Ia juga termasuk tidak membuat kenyataan politik atau bercakap tentang orientasi seksual atau ciri-ciri peribadi lain dalam cara yang menjejaskan pertemuan yang bertumpu kepada Juruselamat.

Jika ada kelakuan yang tidak sesuai, uskup atau presiden pancang menasihati secara peribadi dengan roh kasih. Dia menggalakkan mereka yang kelakuannya tidak wajar untuk membantu mengekalkan suasana kudus bagi semua orang yang hadir dengan penekanan khusus untuk menyembah Bapa Syurgawi dan Juruselamat.

Bangunan pertemuan Gereja kekal sebagai tanah persendirian tertakluk kepada polisi Gereja. Orang yang tidak mahu mengikuti garis panduan ini akan diminta dengan hormat untuk tidak hadiri pertemuan dan acara Gereja.

38.2

Polisi untuk Tatacara dan Berkat

Maklumat umum tentang tatacara dan berkat ada dalam bab 18. Maklumat tentang tatacara bait suci ada dalam bab 27 dan 28. Uskup boleh hubungi presiden pancang jika ada soalan. Presiden pancang boleh hubungi Presidensi Kawasan jika ada soalan.

38.3

Perkahwinan Sivil

Pemimpin Gereja menggalakkan ahli untuk melayakkan diri bagi perkahwinan bait suci dan berkahwin serta dimeteraikan di bait suci. Jika dibenarkan oleh undang-undang tempatan, pemimpin Gereja boleh menjalankan perkahwinan sivil.

Perkahwinan sivil harus dilaksanakan menurut undang-undang tempat perkahwinan dilaksanakan.

38.3.1

Siapa Yang Boleh Melaksanakan Perkahwinan Sivil

Apabila undang-undang tempatan membenarkan, pegawai Gereja berikut boleh bertindak dalam panggilan mereka untuk melaksanakan upacara perkahwinan sivil:

  • Presiden misi

  • Presiden pancang

  • Presiden daerah

  • Uskup

  • Presiden cabang

Pegawai ini hanya boleh laksanakan perkahwinan sivil di antara seorang lelaki dan seorang wanita. Semua syarat berikut juga mesti diterapkan:

  • Pengantin wanita atau pengantin lelaki adalah ahli Gereja atau ada tarikh pembaptisan.

  • Sama ada rekod keahlian pengantin wanita atau pengantin lelaki ada atau akan ada (selepas pembaptisan) di dalam unit Gereja pimpinan pegawai itu.

  • Pegawai Gereja dibenarkan untuk menjalankan perkahwinan sivil dalam bidang kuasa mereka di mana perkahwinan itu berlangsung.

38.3.4

Perkahwinan Sivil Diadakan dalam Bangunan Gereja

Majlis perkahwinan boleh diadakan dalam bangunan Gereja jika ia tidak mengganggu jadual fungsi Gereja yang tetap. Perkahwinan tidak harus diadakan pada hari Sabat atau pada malam Isnin. Perkahwinan yang berlangsung di bangunan Gereja haruslah sederhana dan penuh hormat. Muzik haruslah kudus, takzim, dan sukacita.

Perkahwinan boleh dilaksanakan di gereja, dewan aktiviti, atau bilik lain yang sesuai. Perkahwinan harus ikuti garis panduan penggunaan bangunan gereja yang betul.

38.3.6

Majlis Perkahwinan Sivil

Untuk laksanakan perkahwinan sivil, pegawai Gereja berucap kepada pasangan itu dan berkata, “Sila pegang tangan kanan pasangan anda.” Kemudian berkata, “[Nama penuh pengantin lelaki] dan [nama penuh pengantin wanita], anda telah pegang tangan kanan masing-masing sebagai lambang ikrar anda akan masuk ke dalam hadirat Tuhan dan saksi-saksi ini.” (Pasangan itu boleh pilih atau lantik saksi-saksi ini lebih awal.)

Pegawai kemudian berucap kepada pengantin lelaki dan bertanya, “[Nama penuh pengantin lelaki], adakah anda terima [nama penuh pengantin wanita] sebagai isteri anda yang sah, dan adakah dari kehendak dan pilihan bebas anda sendiri, sebagai teman dan suaminya yang telah dikahwinkan menurut undang-undang berjanji bahawa anda akan berpaut kepadanya sahaja; dan anda akan mentaati semua hukum, tanggungjawab, dan kewajipan berkaitan dengan kekudusan perkahwinan; dan anda akan mengasihi, menghormati, dan menghargainya selagi anda berdua hidup?”

Pengantin lelaki menjawab, “Ya” atau “Saya sudi.”

Pegawai Gereja kemudian berucap kepada pengantin wanita dan bertanya, “[Nama penuh pengantin wanita], adakah anda menerima [nama penuh pengantin lelaki] sebagai suami anda yang sah, dan adakah dari kehendak dan pilihan bebas anda sendiri, sebagai teman dan isterinya yang telah dikahwinkan menurut undang-undang berjanji bahawa anda akan berpaut kepadanya sahaja; dan anda akan mentaati semua hukum, tanggungjawab, dan kewajipan berkaitan dengan kekudusan perkahwinan; dan anda akan mengasihi, menghormati, dan menghargainya selagi anda berdua hidup?”

Pengantin wanita menjawab, “Ya” atau “Saya sudi.”

Pegawai Gereja kemudian berucap kepada pasangan itu dan berkata, “Dengan wewenang sah yang diberikan kepada saya sebagai penatua Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, saya mengumumkan anda, [nama pengantin lelaki] dan [nama pengantin wanita], suami dan isteri, berkahwin secara sah untuk tempoh kehidupan fana anda.”

(Perkataan gantian bagi pendaftar perkahwinan yang tidak melayani sebagai pegawai Gereja yang memimpin: “dengan wewenang sah yang diberikan kepada saya sebagai pendaftar perkahwinan dalam [cabang ketenteraan atau organisasi awam], Saya mengisytiharkan anda, [nama pengantin lelaki] dan [nama pengantin wanita], suami dan isteri, berkahwin secara sah untuk tempoh kehidupan fana anda.”)

“Semoga Tuhan memberkati penyatuan anda sehingga anak cucu dan bahagia bersama, dan semoga Dia memberkati anda untuk mentaati ikrar yang anda telah buat. Berkat ini saya berikan kepada kamu dalam nama Tuhan Yesus Kristus, amin.”

Jemputan untuk mencium pasangan adalah pilihan, berdasarkan norma kebudayaan.

38.4

Polisi Pemeteraian

Tatacara pemeteraian bait suci menyatukan keluarga untuk keabadian semasa ahli berusaha untuk mematuhi perjanjian yang mereka buat ketika mereka menerima tatacara. Tatacara pemeteraian termasuk:

  • Pemeteraian seorang suami dan isteri.

  • Pemeteraian anak-anak kepada ibu bapa.

Mereka yang mentaati perjanjian akan mengekalkan berkat individu yang pemeteraian sediakan. Ini benar walaupun jika salah seorang pasangan telah melanggar perjanjian atau menarik diri dari perkahwinan.

Anak-anak yang beriman yang dimeteraikan kepada ibu bapa atau dilahirkan dalam perjanjian mengekalkan berkat abadi ibu bapa. Ini benar walaupun jika ibu bapa mereka membatalkan pemeteraian perkahwinan mereka, menarik diri dari keahlian mereka, atau melepaskan keahlian mereka.

Para ahli harus berunding dengan uskup mereka jika mereka ada soalan tentang polisi pemeteraian. Uskup hubungi presiden pancang jika ada soalan. Presiden pancang boleh hubungi presidensi bait suci dalam daerah bait suci mereka, Presidensi Kawasan, atau Pejabat Presidensi Utama jika mereka ada soalan.

38.5

Pakaian Bait Suci dan Pakaian Suci

38.5.1

Pakaian Bait Suci

Semasa tatacara anugerahan dan pemeteraian di bait suci, ahli Gereja berpakaian putih. Para wanita berpakaian putih seperti berikut: gaun lengan panjang atau paras siku (atau skirt dan blaus lengan panjang atau paras siku), stoking atau sarung kaki, dan kasut atau selipar.

Lelaki berpakaian putih seperti berikut: kemeja panjang, tali leher atau tali leher kupu-kupu, seluar, stoking, dan kasut atau selipar.

Semasa tatacara anugerahan dan pemeteraian, ahli memakai pakaian upacara tambahan di atas pakaian putih mereka.

38.5.2

Mendapatkan Pakaian Bait Suci dan Pakaian Suci

Para pemimpin bahagian dan pancang menggalakkan ahli yang telah dianugerahi untuk dapatkan pakaian bait suci mereka sendiri. Pakaian bait suci dan pakaian suci boleh dibeli dari kedai Pengedaran Gereja atau di store.ChurchofJesusChrist.org. Kerani pancang dan bahagian boleh membantu ahli memesan pakaian.

38.5.5

Memakai dan Menjaga Pakaian Suci

Ahli yang dianugerahi berjanji untuk memakai pakaian suci bait suci sepanjang hidup mereka.

Ia adalah keistimewaan kudus untuk memakai pakaian suci bait suci. Ia adalah ungkapan komitmen dalaman untuk mengikuti Juruselamat Yesus Kristus.

Pakaian suci adalah peringatan tentang perjanjian yang dibuat di bait suci. Apabila dipakai dengan betul sepanjang hidup, ia akan bertindak sebagai perlindungan.

Pakaian suci haruslah dipakai di bawah pakaian luar. Ia adalah pilihan peribadi sama ada pakaian dalam dipakai di atas atau di bawah pakaian suci.

Pakaian suci tidak seharusnya ditanggalkan untuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan memakai pakaian suci. Ia tidak harus diubahsuai untuk menampung gaya pakaian yang berbeza.

Pakaian suci adalah kudus dan harus diperlakukan dengan hormat. Para ahli yang telah dianugerahi harus mencari bimbingan Roh Kudus untuk menjawab soalan-soalan peribadi berkenaan pemakaian pakaian suci.

38.5.7

Melupuskan Pakaian Bait Suci Dan Pakaian Suci

Untuk melupuskan pakaian suci, ahli harus memotong dan memusnahkan tanda-tanda itu. Kemudian potong baki kain agar ia tidak kelihatan seperti sehelai pakaian. Kain itu boleh dibuang.

Ahli boleh berikan pakaian suci dan pakaian bait suci yang masih baik kepada ahli lain yang telah dianugerahi.

38.5.8

Pakaian Pengebumian Bait Suci

Jika boleh, ahli yang meninggal dan telah dianugerahi harus dikebumikan atau dibakar dengan berpakaian bait suci. Jika tradisi budaya atau amalan pengebumian tidak sesuai atau sukar untuk lakukan ini, pakaian itu boleh dilipat dan diletakkan di sebelah mayat.

Tubuh lelaki berpakaian pakaian bait suci dan pakaian putih berikut: baju lengan panjang, tali leher atau tali leher kupu-kupu, seluar, stoking, dan kasut atau selipar. Tubuh wanita berpakaian pakaian bait suci dan pakaian putih berikut: gaun lengan panjang atau paras siku (atau skirt dan blaus lengan panjang atau paras siku), stoking atau sarung kaki, dan kasut atau selipar.

Pakaian upacara bait suci diletakkan pada tubuh seperti yang diarahkan dalam anugerahan. Jubah diletakkan pada bahu kanan dan diikat dengan tali di pinggang kiri. Apron diikat di sekeliling pinggang. Bengkung diletakkan di sekeliling pinggang dan diikat reben di atas pinggul kiri. Topi lelaki biasanya diletakkan di sebelah badannya sehingga tiba masanya untuk menutup keranda atau bekas. Kemudian topi itu diletakkan dengan reben di atas telinga kiri. Tirai wanita boleh ditutup di atas bantal di belakang kepalanya. Menutup tirai muka wanita sebelum pengebumian atau pembakaran jenazah adalah pilihan, keluarga tentukan.

38.6

Polisi tentang Isu-isu Moral

38.6.1

Pengguguran

Tuhan memerintahkan, “Janganlah engkau … membunuh, tidak juga melakukan apa pun yang seperti itu” (Ajaran dan Perjanjian 59:6). Gereja menentang pengguguran elektif demi kemudahan peribadi atau sosial. Ahli-ahli tidak harus menyerah, melaksanakan, mengatur, membayar, mempersetujui, atau menggalakkan pengguguran. Satu-satunya pengecualian yang mungkin adalah apabila:

  • Kehamilan akibat kes rogol atau sumbang mahram yang dipaksa.

  • Seorang doktor yang cekap menentukan kehidupan atau kesihatan ibu adalah dalam bahaya.

  • Doktor yang cekap menentukan jika janin mempunyai kecacatan teruk yang tidak akan membolehkan bayi hidup selepas kelahiran.

Bahkan pengecualian ini tidak secara automatik mewajarkan pengguguran. Pengguguran adalah hal yang paling serius. Ia harus dipertimbangkan hanya setelah orang yang bertanggungjawab telah menerima pengesahan melalui doa. Ahli boleh berunding dengan uskup mereka dalam proses pertimbangan ini.

38.6.2

Penganiayaan

Penganiayaan adalah penderaan atau pengabaian orang lain dalam cara yang menyebabkan kecederaan jasmani, seksual, emosi, atau kewangan. Kedudukan Gereja adalah bahawa penderaan tidak boleh di toleransi dalam apa jua bentuk. Mereka yang menganiaya pasangan, anak-anak, ahli keluarga yang lain, atau orang lain melanggar hukum Tuhan dan undang-undang manusia.

Semua ahli, terutamanya ibu bapa dan pemimpin, digalakkan untuk berwaspada dan tekun dan melakukan segala yang mereka boleh untuk melindungi kanak-kanak dan orang lain daripada penganiayaan. Jika ahli-ahli sedar tentang penganiayaan, mereka melaporkannya kepada pihak berkuasa sivil dan berunding dengan uskup. Para pemimpin Gereja harus mengambil serius laporan tentang penganiayaan dan tidak mengabaikannya.

Semua orang dewasa yang melayani kanak-kanak atau remaja mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (lihat ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org). Mereka harus mengulangi latihan itu setiap tiga tahun.

Apabila penganiayaan berlaku, tanggungjawab pertama dan serta-merta para pemimpin Gereja adalah untuk membantu mereka yang telah dianiaya dan untuk melindungi orang yang terdedah daripada penganiayaan yang akan datang. Para pemimpin tidak harus menggalakkan seseorang untuk tetap tinggal di rumah atau berada di dalam situasi yang tidak selamat.

38.6.2.1

Talian Bantuan Penganiayaan

Di beberapa negara, Gereja telah menubuhkan satu talian bantuan penganiayaan sulit untuk membantu presiden pancang dan uskup. Para pemimpin ini harus segera menghubungi talian bantuan tentang setiap situasi di mana seseorang mungkin telah dianiaya—atau berisiko untuk dianiaya. Mereka juga harus menelefon jika mereka mendapat tahu bahawa seorang ahli telah melihat, membeli, atau mengedarkan pornografi kanak-kanak.

Di negara-negara yang tidak mempunyai talian bantuan, seorang uskup yang mendapat tahu tentang penganiayaan harus menghubungi presiden pancangnya. Presiden pancang harus mencari bimbingan dari penasihat undang-undang di pejabat kawasan.

38.6.2.2

Berunding dalam Kes Penderaan

Mangsa penderaan sering menderita trauma yang serius. Presiden pancang dan uskup bertindak balas dengan belas kasihan dan empati yang tulus. Mereka menyediakan kaunseling rohani dan sokongan untuk membantu mangsa mengatasi kesan dahsyat penderaan.

Kadangkala mangsa mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah. Mangsa tidak bersalah dan tidak berdosa. Pemimpin membantu mereka dan keluarga mereka memahami kasih Tuhan dan pemulihan yang datang melalui Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya (lihat Alma 15:8; 3 Nefi 17:9).

Presiden pancang dan uskup harus membantu si pelaku untuk bertaubat dan menghentikan kelakuan penderaan mereka. Jika seorang dewasa telah melakukan dosa seksual terhadap seorang kanak-kanak, kelakuan itu mungkin sukar diubah. Proses pertaubatan mungkin lebih panjang. Lihat 38.6.2.3.

Selain menerima bantuan pemimpin Gereja yang diilhami, mangsa, si pelaku dan keluarga mereka mungkin perlukan kaunseling profesional. Untuk maklumat, lihat 31.3.6.

38.6.2.3

Penganiayaan Kanak-kanak atau Remaja

Penganiayaan seorang kanak-kanak atau remaja adalah satu dosa yang sangat serius (lihat Lukas 17:2). Seperti yang digunakan di sini, penganiayaan kanak-kanak atau remaja termasuk yang berikut:

  • Penganiayaan fizikal: Menyebabkan kecederaan badan serius melalui keganasan fizikal. Terdapat kecederaan yang tidak dapat dilihat.

  • Penganiayaan seksual atau eksploitasi: Menjalankan apa-apa aktiviti seksual terhadap kanak-kanak atau remaja atau dengan sengaja membenarkan atau membantu orang lain untuk menjalankan aktiviti sedemikian. Seperti yang digunakan di sini, penganiayaan seksual tidak termasuk aktiviti seksual yang dipersetujui di antara dua orang di bawah umur yang sebaya.

  • Penganiayaan emosi: Menggunakan tindakan dan kata-kata yang merosakkan rasa hormat diri atau harga diri kanak-kanak atau remaja dengan serius. Ini biasanya melibatkan penghinaan, manipulasi, dan kritikan yang berulang kali dan melibatkan penghinaan dan memperkecilkan. Ia juga mungkin termasuk pengabaian yang kasar.

  • Pornografi kanak-kanak: Lihat 38.6.6.

Jika seorang uskup atau presiden pancang mendapat tahu atau mengesyaki penganiayaan kanak-kanak atau remaja, dia dengan segera mengikut arahan dalam 38.6.2.1. Dia juga bertindak untuk membantu melindungi daripada penganiayaan yang lebih lanjut.

Satu majlis keahlian Gereja dan catatan anotasi diperlukan jika seorang ahli dewasa mendera seorang kanak-kanak atau remaja seperti yang digambarkan dalam bahagian ini. Lihat juga 38.6.2.5.

Jika seseorang yang di bawah umur menganiaya seorang kanak-kanak, presiden pancang menghubungi Pejabat Presidensi Utama untuk arahan.

38.6.2.4

Penganiayaan Pasangan atau Orang Dewasa Lain

Sering kali tidak ada definisi tunggal penderaan yang boleh digunakan dalam semua situasi. Sebaliknya, terdapat spektrum keberatan dalam kelakuan menganiayai. Spektrum ini pelbagai dan kadangkala termasuk dari penggunaan perkataan tajam sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Jika seorang uskup atau presiden pancang mendapat tahu tentang penganiayaan pasangan atau orang dewasa, dia dengan segera mengikut arahan dalam 38.6.2.1. Dia juga bertindak untuk membantu melindungi daripada penganiayaan yang lebih lanjut.

Pemimpin mencari arahan Roh untuk menentukan sama ada kaunseling peribadi atau majlis keahlian adalah keadaan yang paling sesuai untuk menangani penganiayaan. Mereka juga boleh berunding dengan pemimpin imamat langsung mereka tentang situasi itu. Walau bagaimanapun, penganiayaan pasangan atau orang dewasa lain yang parah ke tahap yang dihuraikan di bawah memerlukan majlis keahlian.

  • Penganiayaan fizikal: Menyebabkan kecederaan badan serius melalui keganasan fizikal. Terdapat kecederaan yang tidak dapat dilihat.

  • Penganiayaan seksual: Lihat situasi yang dinyatakan dalam 38.6.18.3.

  • Penganiayaan emosi: Menggunakan tindakan dan kata-kata untuk merosakkan rasa hormat diri atau nilai diri seseorang dengan serius. Ini biasanya melibatkan penghinaan, manipulasi, dan kritikan yang berulang kali dan melibatkan penghinaan dan memperkecilkan.

  • Penganiayaan kewangan: Mengambil kesempatan terhadap seseorang dari segi kewangan. Ini boleh termasuk penggunaan harta, wang, atau barangan berharga seseorang secara tidak sah atau tidak dibenarkan. Ia juga termasuk mendapatkan kuasa kewangan dengan menyeleweng terhadap seseorang. Ia boleh termasuk menggunakan kuasa kewangan untuk mengugut.

38.6.2.5

Panggilan Gereja, Kad Rekomen Bait Suci, dan Anotasi Rekod Keahlian

Ahli yang telah menganiaya orang lain tidak harus diberi panggilan Gereja dan mungkin tidak diberi kad rekomen bait suci sehingga mereka telah bertaubat dan sekatan keahlian Gereja telah disingkir.

Jika seseorang mendera kanak-kanak atau remaja secara seksual atau mendera kanak-kanak atau remaja secara jasmani atau emosi, rekod keahliannya akan dianotasikan. Dia tidak boleh diberikan apa-apa panggilan atau tugasan yang melibatkan kanak-kanak atau remaja. Ini termasuk tidak diberikan tugas pelayanan kepada keluarga yang ada remaja atau kanak-kanak di rumah. Ia juga termasuk tidak ada remaja sebagai rakan pelayanan. Sekatan ini harus tetap ada kecuali Presidensi Utama membenarkan penyingkiran anotasi itu.

38.6.2.6

Majlis Pancang dan Bahagian

Dalam mesyuarat majlis pancang dan bahagian, presidensi pancang dan lembaga uskup sentiasa semak polisi dan garis panduan Gereja untuk mencegah dan bertindak balas terhadap penganiayaan. Para pemimpin dan ahli majlis mencari bimbingan Roh semasa mereka mengajar dan membincangkan subjek sensitif ini.

Ahli majlis juga harus melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja (lihat 38.6.2).

38.6.2.7

Isu-isu Undang-undang Berkaitan dengan Penganiayaan

Jika kegiatan penganiayaan ahli telah melanggar undang-undang yang berkenaan, uskup atau presiden pancang harus menggesa ahli itu untuk melaporkan aktiviti-aktiviti ini kepada anggota penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan yang sesuai.

Para pemimpin dan ahli Gereja harus memenuhi semua kewajipan undang-undang untuk melaporkan penganiayaan kepada penguasa-penguasa awam.

38.6.4

Pencegahan Kehamilan

Ia adalah hak istimewa pasangan suami isteri yang boleh melahirkan anak-anak untuk menyediakan tubuh fana untuk anak-anak roh Tuhan, yang mereka akan bertanggungjawab untuk memelihara dan membela (lihat 2.1.3). Keputusan tentang berapa ramai anak dan bila untuk mengandung adalah sangat peribadi. Itu hal antara pasangan dan Tuhan.

38.6.5

Kemurnian Akhlak dan Kesetiaan

Hukum kemurnian akhlak Tuhan ialah:

  • Elakkan hubungan seksual di luar perkahwinan sah di antara seorang lelaki dan seorang wanita.

  • Kesetiaan dalam perkahwinan.

Hubungan intim di antara suami dan isteri diniatkan sebagai sesuatu yang indah dan kudus. Ia ditahbiskan oleh Tuhan untuk penciptaan anak-anak dan sebagai ungkapan kasih di antara suami dan isteri.

38.6.6

Pornografi Kanak-Kanak

Gereja mengutuk pornografi kanak-kanak dalam apa jua bentuk. Jika seorang uskup atau presiden pancang mendapat tahu bahawa seorang ahli terlibat dengan pornografi kanak-kanak, dia dengan segera mengikut arahan dalam 38.6.2.1.

38.6.8

Mutilasi Alat Kelamin Wanita

Gereja mengutuk mutilasi alat kelamin wanita.

38.6.10

Sumbang Mahram

Gereja mengutuk sebarang bentuk sumbang mahram. Seperti yang digunakan di sini, sumbang mahram ialah hubungan seksual di antara:

  • Seorang ibu atau bapa dan seorang anak.

  • Seorang datuk atau nenek dan seorang cucu.

  • Adik-beradik.

  • Seorang pak cik atau mak cik dan seorang anak saudara perempuan atau anak saudara lelaki.

Seperti yang digunakan di sini, anak, cucu, adik beradik, anak saudara perempuan dan anak saudara lelaki termasuk secara kandung, angkat, tiri, atau hubungan asuhan.

Apabila seorang bawah umur menjadi mangsa sumbang mahram, uskup atau presiden pancang menghubungi talian bantuan penganiayaan Gereja di negara-negara di mana ia tersedia (lihat 38.6.2.1). Di negara lain, presiden pancang harus mencari bimbingan dari penasihat undang-undang kawasan di pejabat kawasan. Dia juga digalakkan untuk berunding dengan kakitangan Perkhidmatan Keluarga atau pengurus kebajikan dan keberdikarian di pejabat kawasan.

Satu majlis keahlian Gereja dan anotasi rekod diperlukan jika seorang ahli melakukan perhubungan sumbang mahram. Sumbang mahram hampir sering memerlukan Gereja untuk menarik balik keahlian seseorang.

Jika seorang bawah umur melakukan hubungan sumbang mahram, presiden pancang menghubungi Pejabat Presidensi Utama untuk arahan.

Mangsa-mangsa perhubungan sumbang mahram sering menderita trauma yang serius. Para pemimpin bertindak dengan rasa kasihan dan empati yang tulus. Mereka menyediakan sokongan dan kaunseling rohani untuk membantu mangsa mengatasi kesan pemusnahan dahsyat akibat perhubungan sumbang mahram.

Kadangkala mangsa mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah. Mangsa tidak bersalah dan tidak berdosa. Pemimpin membantu mereka dan keluarga mereka memahami kasih Tuhan dan pemulihan yang datang melalui Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya (lihat Alma 15:8; 3 Nefi 17:9).

Selain daripada menerima bantuan pemimpin Gereja yang diilhami, mangsa dan keluarga mereka mungkin memerlukan kaunseling profesional. Untuk maklumat, lihat 38.6.18.2.

38.6.12

Ilmu Ghaib

Ilmu ghaib tertumpu pada kegelapan dan mendorong kepada tipu daya. Ia memusnahkan iman kepada Kristus.

Ilmu ghaib termasuk penyembahan Setan. Ia juga termasuk aktiviti mistik yang tidak selaras dengan injil Yesus Kristus. Aktiviti seperti ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) tilik nasib, kutukan, dan amalan penyembuhan yang meniru kuasa imamat Tuhan (lihat Moroni 7:11–17).

Ahli Gereja tidak seharusnya terlibat dalam apa-apa bentuk penyembahan Setan atau terlibat dalam apa jua cara ilmu ghaib. Mereka tidak harus tumpukan itu dalam perbualan atau dalam pertemuan Gereja.

38.6.13

Pornografi

Gereja mengutuk pornografi dalam apa jua bentuk. Penggunaan pornografi dalam apa jua bentuk akan merosakkan kehidupan individu, keluarga, dan masyarakat. Ia juga akan menjauhkan Roh Tuhan. Ahli gereja harus menghindari semua bentuk bahan pornografi dan menentang pengeluaran, penyebaran dan penggunaannya.

Kaunseling peribadi dan sekatan keahlian tidak rasmi biasanya mencukupi ketika membantu seseorang bertaubat dari penggunaan pornografi. Majlis keahlian biasanya tidak diadakan. Walau bagaimanapun, satu majlis mungkin diperlukan untuk penggunaan pornografi yang intensif dan kompulsif yang telah menyebabkan bahaya besar terhadap perkahwinan atau ahli keluarga (lihat 38.6.5). Satu majlis diperlukan jika seorang ahli membuat, berkongsi, memiliki, atau melihat gambar-gambar pornografi kanak-kanak berulang kali (lihat 38.6.6).

38.6.14

Prasangka

Semua orang adalah anak-anak Tuhan. Semua adalah saudara dan saudari yang merupakan sebahagian daripada keluarga ilahi-Nya (lihat “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia”). Tuhan “menjadikan semua bangsa” (Kisah Rasul-Rasul 17:26). “Semua adalah sama” bagi Dia (2 Nefi 26:33). Setiap orang adalah “sama berharganya dalam pandangan-Nya seperti yang lain” (Yakub 2:21).

Prasangka tidak selaras dengan firman Tuhan. Menyenangkan Tuhan atau tidak bergantung pada kepatuhan kepada Dia dan perintah-Nya, bukan pada warna kulit seseorang atau sifat-sifat lain.

Gereja memanggil semua orang untuk tinggalkan sikap dan kelakuan prasangka terhadap mana-mana kumpulan atau individu. Para ahli Gereja harus memimpin dengan menggalakkan rasa hormat kepada semua anak Tuhan. Para ahli mengikuti perintah Juruselamat untuk mengasihi orang lain (lihat Matius 22:35–39). Mereka berusaha untuk menjadi baik terhadap semua orang, menolak prasangka apa pun. Ini termasuk prasangka berdasarkan bangsa, etnik, kewarganegaraan, suku, jantina, umur, ketidakupayaan, status sosioekonomi, kepercayaan agama atau ketidakpercayaan, dan orientasi seksual.

38.6.15

Tarikan Sesama Jantina dan Kelakuan Sesama Jantina

Gereja menggalakkan keluarga dan ahli untuk menjangkau dengan kepekaan, kasih, dan hormat kepada orang yang tertarik dengan sesama jantina. Gereja juga menggalakkan pemahaman dalam masyarakat yang mencerminkan ajaran-ajarannya tentang kebaikan hati, rasa tergolong, kasih terhadap orang lain, dan menghormati semua manusia. Gereja tidak masuk campur atas sebab tarikan sesama jantina.

Perintah Tuhan melarang semua tingkah laku yang tidak murni, sama ada heteroseksual atau sesama jantina. Pemimpin gereja akan menasihati ahli yang telah melanggar hukum kemurnian akhlak. Pemimpin membantu mereka untuk ada pemahaman yang jelas tentang kepercayaan kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, proses pertaubatan, serta tujuan kehidupan di bumi.

Jika ahli ada perasaan tarikan sesama jantina dan berusaha untuk patuhi hukum kemurnian akhlak, pemimpin menyokong dan mendorong mereka dalam tekad mereka. Ahli ini boleh terima panggilan Gereja, ada kad rekomen bait suci dan terima tatacara bait suci jika mereka layak. Ahli Gereja lelaki boleh menerima dan menjalankan imamat.

Semua ahli yang mentaati perjanjian mereka akan terima semua berkat yang dijanjikan dalam keabadian sama ada keadaan mereka izinkan mereka untuk terima berkat perkahwinan abadi dan keibubapaan dalam kehidupan ini atau tidak (lihat Mosia 2:41).

38.6.16

Perkahwinan Sama Jantina

Sebagai asas ajaran, berdasarkan kitab suci, Gereja tegaskan bahawa perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita adalah sangat penting untuk rancangan Pencipta untuk takdir abadi anak-anak-Nya. Gereja juga menegaskan bahawa hukum Tuhan mendefinisikan perkahwinan sebagai penyatuan yang sah dan mengikut undang-undang antara seorang lelaki dengan seorang wanita.

38.6.17

Pendidikan Seks

Ibu bapa ada tanggungjawab utama untuk pendidikan seks anak-anak mereka. Ibu bapa harus ada perbualan yang jujur, jelas, dan berterusan dengan anak-anak mereka tentang seksual yang sihat dan soleh.

38.6.18

Penganiayaan Seksual, Rogol dan Bentuk Serangan Seksual Yang Lain

Gereja mengutuk penganiayaan seksual. Seperti yang digunakan di sini, penganiayaan seksual ditakrifkan sebagai mengenakan aktiviti seksual yang tidak diingini ke atas orang lain. Aktiviti seksual terhadap seseorang yang tidak dapat atau tidak boleh memberi persetujuan undang-undang dianggap sebagai penganiayaan seksual. Penganiayaan seksual juga boleh berlaku dengan pasangan atau dalam perhubungan dating. Untuk maklumat tentang penganiayaan seksual kanak-kanak atau remaja, lihat 38.6.2.3.

Penganiayaan seksual meliputi pelbagai tindakan, dari segi gangguan sehingga rogol dan serangan seksual yang lain. Ia boleh berlaku secara jasmani, pertuturan, dan dalam cara lain. Untuk bimbingan tentang menasihati ahli-ahli yang telah mengalami penganiayaan seksual, rogol, atau serangan seksual yang lain, lihat 38.6.18.2.

Jika ahli-ahli mengesyaki atau mendapat tahu akan penganiayaan seksual, mereka mengambil tindakan untuk melindungi mangsa dan orang lain secepat mungkin. Ini termasuk melapor kepada pihak berkuasa sivil dan memberitahu uskup atau presiden pancang. Jika seorang kanak-kanak telah didera, ahli-ahli harus mengikut arahan dalam 38.6.2.

38.6.18.2

Kaunseling untuk Mangsa Penderaan Seksual, Rogol, dan Bentuk Serangan Seksual Yang Lain

Mangsa penderaan seksual, rogol, atau serangan seksual lain sering menderita trauma yang serius. Apabila mereka bertemu uskup atau presiden pancang, dia bertindak balas dengan belas kasihan dan empati. Dia menyediakan kaunseling rohani dan sokongan untuk membantu mangsa atasi kesan dahsyat akibat penderaan. Dia juga menelefon talian bantuan penganiayaan Gereja untuk bimbingan jika tersedia.

Kadangkala mangsa mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah. Mangsa tidak bersalah dan tidak berdosa. Pemimpin tidak menyalahkan mangsa. Pemimpin membantu mangsa dan keluarga mereka fahami kasih Tuhan dan penyembuhan yang datang melalui Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya (lihat Alma 15:8; 3 Nefi 17:9).

Walaupun ahli mungkin berkongsi maklumat tentang penganiayaan atau serangan, pemimpin tidak harus tumpukan secara berlebihan pada butiran itu. Ini boleh membahayakan mangsa.

Selain daripada menerima bantuan pemimpin Gereja yang diilhami, mangsa dan keluarga mereka mungkin memerlukan kaunseling profesional. Untuk maklumat, lihat 31.3.6.

38.6.18.3

Majlis Keahlian

Satu majlis keahlian mungkin diperlukan bagi seseorang yang telah menyerang secara seksual atau menganiaya seseorang. Satu majlis keahlian perlu diadakan jika seorang ahli telah merogol atau disabit kesalahan seksual yang lain.

38.6.20

Bunuh Diri

Kehidupan fana adalah kurnia berharga Tuhan—kurnia yang harus dihargai dan dilindungi. Gereja sangat menyokong pencegahan bunuh diri.

Kebanyakan orang yang berfikir tentang bunuh diri ingin mencari kelegaan dari kesakitan jasmani, mental, emosi, atau rohani. Individu tersebut memerlukan kasih, bantuan, dan sokongan daripada keluarga, pemimpin Gereja, dan profesional yang berkelayakan.

Uskup memberi sokongan gereja jika ahli ingin membunuh diri atau cuba melakukannya. Dia juga segera membantu ahli itu mendapatkan bantuan profesional.

Walaupun ada usaha terbaik daripada orang yang dikasihi, pemimpin, dan profesional, bunuh diri tidak selalu boleh dicegah. Ia meninggalkan kesedihan hati yang mendalam, pergolakan emosi, dan soalan yang tidak terjawab untuk orang yang dikasihi dan orang lain. Para pemimpin harus menasihati dan menghiburkan keluarga itu. Mereka menyediakan pembelaan dan sokongan.

Ia tidak betul untuk seseorang mencabut nyawa sendiri. Tetapi, hanya Tuhan yang dapat menghakimi fikiran, tindakan, dan tahap pertanggungjawaban seseorang (lihat 1 Samuel 16:7; Ajaran dan Perjanjian 137:9).

Mereka yang telah kehilangan orang tersayang akibat bunuh diri boleh mencari harapan dan penyembuhan dalam Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.

38.6.23

Individu Transgender

Individu transgender menghadapi cabaran yang kompleks. Ahli gereja dan bukan ahli gereja yang mengelar diri sebagai transgender—dan keluarga dan kawan-kawan mereka—harus dilayan dengan kepekaan, kebaikan hati, rasa kasihan, dan kasih seperti Kristus yang banyak. Semua dialu-alukan untuk menghadiri pertemuan sakramen, pertemuan hari Ahad lain dan acara sosial Gereja (lihat 38.1.1).

Jantina merupakan ciri yang penting dalam rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi. Maksud sebenar jantina dalam Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia ialah jantina biologi ketika dilahirkan. Sesetengah orang mengalami ketidakserasian antara jantina biologi dan identiti jantina mereka. Hasilnya, mereka mungkin mengelar diri sebagai transgender. Gereja tidak masuk campur atas sebab seseorang yang mengelar diri sebagai transgender.

Kebanyakan penyertaan Gereja dan sesetengah tatacara imamat adalah neutral jantina. Individu transgender boleh dibaptis dan ditetapkan seperti yang digariskan dalam 38.2.8.10. Mereka juga boleh mengambil sakramen dan menerima berkat-berkat imamat. Walau bagaimanapun, pentahbisan imamat dan tatacara bait suci diterima mengikut jantina kelahiran.

Pemimpin gereja tidak menyokong penggunaan kaedah perubatan atau pembedahan elektif untuk tujuan cubaan melakukan pertukaran jantina kelahiran seseorang kepada jantina berlawanan (“pemindahan jantina”). Pemimpin menasihatkan bahawa membuat tindakan ini akan menyebabkan sekatan keahlian Gereja.

Pemimpin turut tidak menggalakkan pertukaran sosial. Pertukaran sosial merangkumi perbuatan menukar pakaian atau hiasan diri, atau menukar nama atau kata ganti nama, untuk menampilkan dirinya sebagai seseorang yang lain daripada jantina kelahirannya. Pemimpin menasihatkan bahawa mereka yang melakukan pertukaran sosial akan menghadapi beberapa sekatan keahlian Gereja sepanjang tempoh pertukaran ini.

Sekatan ini termasuk menerima atau menjalankan imamat, menerima atau menggunakan kad rekomen bait suci dan menerima sesetengah panggilan Gereja. Walaupun terdapat sekatan pada sesetengah keistimewaan keahlian Gereja, penyertaan Gereja yang lain adalah dialu-alukan.

Jika ahli memutuskan untuk menukar nama atau kata ganti nama gelarannya, pilihan nama akan dicatat dalam medan nama pilihan pada rekod keahlian. Orang ini boleh ditujukan dengan nama pilihan dalam bahagian.

Keadaan berbeza dari unit ke unit dan orang. Ahli dan pemimpin berunding bersama dan dengan Tuhan. Presidensi Kawasan akan membantu para pemimpin tempatan untuk mengatasi situasi individu dengan kepekaan. Uskup berunding dengan presiden pancang. Presiden pancang dan presiden misi mesti mendapatkan nasihat daripada Presidensi Kawasan (lihat 32.6.3).

38.7

Polisi Perubatan dan Kesihatan

38.7.2

Pengebumian dan Pembakaran

Keluarga si mati putuskan sama ada tubuhnya harus dikebumikan atau dibakar. Mereka menghormati hasrat individu.

Dalam sesetengah negara, undang-undang mencadangkan pembakaran. Dalam kes lain, pengebumian tidak praktikal atau keluarga tidak mampu. Dalam semua situasi, tubuh harus dilayan dengan hormat dan ketakziman. Para ahli harus yakin bahawa kuasa Kebangkitan wujud (lihat Alma 11:42–45).

Jika boleh, tubuh seorang ahli yang sudah mati dan telah dianugerahi harus pakai pakaian bait suci apabila ia dikuburkan atau dibakar (lihat 38.5.8).

38.7.3

Kanak-kanak yang Mati sebelum Kelahiran (Anak yang Lahir Mati dan Keguguran)

Ibu bapa boleh putuskan sama ada mengadakan peringatan atau majlis perkuburan.

Tatacara bait suci tidak diperlukan atau dilaksanakan untuk kanak-kanak yang mati sebelum kelahiran. Ini tidak menyangkal peluang anak ini untuk menjadi sebahagian keluarga dalam keabadian. Ibu bapa digalakkan untuk percaya Tuhan dan mencari penghiburan-Nya.

38.7.4

Eutanasia (Suntik Mati)

Kehidupan fana adalah kurnia berharga Tuhan. Suntik mati adalah mengakhiri kehidupan seseorang yang menderita penyakit yang tidak dapat diubati atau keadaan lain. Seseorang yang terlibat dalam suntik mati, termasuk bantu seseorang untuk mati dengan membunuh diri, melanggar perintah Tuhan dan mungkin melanggar undang-undang tempatan.

Menghentikan atau menanggalkan alat sokongan kehidupan yang melampau bagi seseorang pada akhir kehidupan tidak dianggap eutanasia (lihat 38.7.11).

38.7.5

Jangkitan HIV dan AIDS

Ahli yang dijangkiti HIV (virus kurang imun manusia) atau ada AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) harus dialu-alukan di pertemuan dan aktiviti Gereja. Kehadiran mereka bukanlah risiko kesihatan kepada orang lain.

38.7.8

Penjagaan Perubatan dan Kesihatan

Mencari bantuan perubatan yang cekap, menjalankan iman, dan menerima berkat imamat untuk penyembuhan, menurut kehendak Tuhan.

Ahli tidak harus guna atau menggalakkan amalan perubatan atau kesihatan yang meragukan secara etika, rohani, atau undang-undang. Mereka yang ada masalah kesihatan harus berunding dengan profesional perubatan yang kompeten yang berlesen di kawasan di mana mereka berlatih.

38.7.9

Ganja Perubatan

Gereja menentang penggunaan ganja untuk tujuan bukan perubatan. Lihat 38.7.14.

38.7.11

Memanjangkan Hidup (Termasuk Sokongan Kehidupan)

Ahli tidak harus berasa wajib untuk memanjangkan nyawa dengan cara yang melampau. Keputusan ini paling baik dibuat oleh orang itu, jika boleh, atau oleh ahli keluarga. Mereka harus mencari nasihat perubatan yang kompeten dan bimbingan ilahi melalui doa.

38.7.13

Vaksin

Pemberian vaksin yang diberikan oleh profesional perubatan yang kompeten melindungi kesihatan dan menjaga kehidupan. Para ahli Gereja digalakkan untuk menjaga diri, anak-anak, dan komuniti mereka melalui penerimaan vaksin.

Akhirnya, individu bertanggungjawab untuk putuskan sendiri tentang penerimaan vaksin. Jika ahli ada kebimbangan, mereka harus berunding dengan profesional perubatan yang kompeten dan mencari bimbingan Roh Kudus.

38.7.14

Kata-kata Bijaksana dan Amalan Yang Sihat

Kata-kata Bijaksana adalah perintah Tuhan. Para nabi telah jelaskan bahawa ajaran dalam Ajaran dan Perjanjian 89 termasuk menolak tembakau, minuman keras (alkohol), dan minuman panas (teh dan kopi).

Terdapat bahan dan amalan lain yang berbahaya yang tidak dinyatakan dalam Kata-kata Bijaksana atau oleh pemimpin Gereja. Para ahli harus gunakan kebijaksanaan dan penghakiman yang penuh doa dalam membuat pilihan untuk kesihatan jasmani, rohani, dan emosi mereka.

38.8

Polisi Pentadbiran

38.8.1

Anak Angkat dan Mengasuh

Mengambil anak angkat dan mengasuh boleh memberkati kanak-kanak dan keluarga. Keluarga abadi yang penuh kasih boleh dicipta melalui pengambilan anak angkat. Sama ada anak datang melalui anak angkat atau kelahiran, mereka adalah berkat yang sama berharga.

Ahli yang mengambil anak angkat atau mengasuh anak-anak harus patuhi semua undang-undang negara dan kerajaan yang terlibat.

38.8.4

Autograf dan Gambar Penguasa Umum, Pegawai Umum, dan Ahli Kawasan Tujuh Puluh

Ahli Gereja tidak harus meminta autograf Penguasa Umum, Pegawai Umum, atau Ahli Kawasan Tujuh Puluh. Melakukannya menjauhkan mereka dari panggilan kudus mereka dan roh pertemuan. Ia juga boleh menghalang mereka daripada salam ahli lain.

Ahli tidak harus mengambil gambar-gambar Penguasa Umum, Pegawai Umum, atau Ahli Kawasan Tujuh Puluh di bangunan pertemuan.

38.8.7

Majalah Gereja

Majalah Gereja termasuk:

Presidensi Utama mengalakkan semua ahli untuk membaca majalah Gereja. Majalah ini dapat membantu ahli mempelajari injil Yesus Kristus, mengkaji ajaran-ajaran nabi hidup, tergolong dengan keluarga Gereja global, menghadapi cabaran dengan iman, dan mendekati Tuhan.

38.8.8

Nama Gereja, Tanda Kata, dan Lambang

Imej
Tanda perkataan dan lambang Gereja

Nama, tanda kata, dan lambang Gereja adalah kunci pengenalan Gereja.

Tanda kata dan lambang. Tanda kata dan lambang Gereja (lihat ilustrasi di atas) hanya boleh digunakan seperti Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul luluskan. Ia tidak boleh digunakan sebagai elemen hiasan. Ia juga tidak boleh digunakan dalam cara peribadi, komersial, atau promosi.

38.8.10

Komputer

Komputer dan perisian yang digunakan dalam bangunan pertemuan Gereja disediakan dan diurus oleh ibu pejabat Gereja atau pejabat kawasan. Para pemimpin dan ahli menggunakan sumber ini untuk menyokong tujuan Gereja, termasuk kerja sejarah keluarga.

Semua perisian dalam komputer ini mesti dilesenkan dengan betul kepada Gereja.

38.8.12

Bahan-bahan kurikukum

Gereja menyediakan bahan-bahan untuk membantu ahli belajar dan menjalankan injil Yesus Kristus. Ini termasuk tulisan suci, pesanan persidangan umum, majalah, buku panduan, buku-buku, dan sumber lain. Para pemimpin menggalakkan ahli untuk gunakan tulisan suci dan sumber lain jika perlu untuk mengkaji injil di rumah.

38.8.14

Pakaian dan Penampilan

Para ahli Gereja digalakkan untuk menunjukkan rasa hormat kepada tubuh mereka dalam pilihan pemakaian dan penampilan yang sesuai. Apa yang sesuai adalah berbeza dalam budaya dan masa yang berlainan.

38.8.16

Hari Puasa

Ahli boleh berpuasa bila-bila masa pun. Walau bagaimanapun, biasanya hari Sabat pertama setiap bulan dijadikan hari berpuasa.

Hari puasa biasanya termasuk berdoa, tanpa makanan dan minuman selama 24 jam (jika mampu secara fizikal), dan memberi sumbangan puasa yang murah hati. Sumbangan puasa adalah sumbangan untuk membantu orang yang memerlukan (lihat 22.2.2).

Kadangkala pertemuan Gereja atau tempatan diadakan pada hari Sabat pertama bulan itu. Apabila ini berlaku, presidensi pancang memutuskan satu alternatif hari Sabat untuk berpuasa.

38.8.17

Perjudian dan Loteri

Gereja menentang dan menolak perjudian dalam apa jua bentuk. Ini termasuk pertaruhan sukan dan loteri tajaan kerajaan.

38.8.19

Imigrasi

Ahli yang tinggal di negeri asal mereka sering berpeluang untuk membangunkan dan memperkuatkan Gereja di sana. Walau bagaimanapun, imigrasi ke negara lain adalah pilihan peribadi.

Ahli yang berpindah ke negara lain harus patuhi semua undang-undang yang berkenaan (lihat Ajaran dan Perjanjian 58:21).

Misionari tidak harus menawarkan untuk menaja imigrasi orang lain.

38.8.22

Undang-undang Negeri

Para ahli harus patuhi, hormati, dan sokong undang-undang negara mereka tinggal atau kunjungi (lihat Ajaran dan Perjanjian 58:21–22; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:12). Ini termasuk undang-undang yang melarang mencari penganut baru.

38.8.25

Komunikasi Ahli dengan Ibu Pejabat Gereja

Ahli Gereja tidak digalakkan untuk menelefon, e-mel, atau menulis surat kepada Penguasa Umum tentang soalan ajaran, cabaran peribadi, atau permintaan. Para ahli digalakkan untuk hubungi pemimpin tempatan mereka, termasuk Lembaga Pertolongan atau presiden kuorum penatua mereka, ketika mencari bimbingan rohani (lihat 31.3).

38.8.27

Ahli yang Kurang Upaya

Para pemimpin dan ahli digalakkan untuk menangani keperluan semua orang dalam unit mereka. Ahli yang kurang upaya bernilai dan boleh menyumbang dengan cara yang bermakna. Kurang upaya mungkin adalah secara intelektual, sosial, emosi, atau jasmani.

38.8.29

Agama Lain

Banyak yang mengilhami, mulia, dan layak untuk dihormat ada pada banyak agama lain. Para misionari dan ahli lain mesti peka dan hormat terhadap kepercayaan dan tradisi orang lain.

38.8.30

Aktiviti Politik dan Sivik

Ahli Gereja digalakkan untuk terlibat dalam hal ehwal politik dan kerajaan. Dalam banyak negara, ini termasuk:

  • Mengundi.

  • Menyertai atau melayani dalam parti politik.

  • Memberi sokongan kewangan.

  • Berkomunikasi dengan pegawai dan calon parti.

  • Melayani dalam jawatan terpilih atau ditetapkan dalam kerajaan tempatan dan negara.

Para ahli juga digalakkan untuk terlibat dalam tujuan yang layak untuk menjadikan komuniti mereka lebih baik untuk hidup dan membesarkan keluarga.

Pemimpin tempatan Gereja tidak seharusnya mengorganisasikan ahli-ahli untuk terlibat dalam hal politik. Pemimpin juga tidak harus cuba mempengaruhi penglibatan ahli.

Para pemimpin dan ahli juga harus elakkan kenyataan atau kelakuan yang mungkin ditafsirkan sebagai sokongan Gereja tentang mana-mana kumpulan politik, platform, polisi, atau calon.

38.8.31

Privasi Ahli

Pemimpin Gereja wajib untuk melindungi privasi para ahli. Rekod Gereja, direktori, dan bahan-bahan yang serupa tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi, komersial, atau politik.

38.8.35

Orang pelarian

Sebagai sebahagian tanggungjawab untuk menjaga orang yang memerlukan (lihat Mosia 4:26), ahli Gereja tawarkan masa, bakat, dan persahabatan mereka untuk menyambut pelarian sebagai ahli komuniti mereka.

38.8.36

Permintaan untuk Bantuan Kewangan Gereja

Ahli yang memerlukan digalakkan untuk bercakap dengan uskup mereka dan tidak menghubungi ibu pejabat Gereja atau meminta wang daripada para pemimpin atau ahli Gereja lain.

Cetak