Panggilan saya sebagai Penasihat dalam Presidensi Lembaga Pertolongan
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayan dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Lembaga Pertolongan
Lembaga Pertolongan ialah satu organisasi ilahi bagi semua wanita dewasa dalam Gereja. Lembaga Pertolongan membantu anak-anak Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Nabi Joseph Smith mengajar bahawa tujuan Lembaga Pertolongan adalah untuk “menyelamatkan jiwa dan melegakan penderitaan”—memberi kelegaan Juruselamat (lihat Buku Panduan Umum: Melayan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 9.1).
Penasihat
Presiden dan penasihat-penasihatnya mengawasi pelayan-pelayan saudari, arahan hari Ahad dan aktiviti-aktiviti. Mereka mengajar para saudari tanggungjawab perjanjian mereka, menyediakan remaja puteri untuk mengambil bahagian dalam Lembaga Pertolongan dan mengkoordinasikan usaha untuk memperkuatkan para saudari belia (lihat 9.4). Presidensi dan setiausaha Lembaga Pertolongan kerap bertemu (lihat 9.3.2.3).
Kepimpinan dan Majlis
Para pemimpin Lembaga Pertolongan merancangkan pertemuan hari Ahad, aktiviti, pelayanan, dan interaksi lain untuk menyediakan para wanita dengan pengalaman dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Ahli-ahli Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua bekerja dalam kesatuan (lihat 9.2).
Lembaga Pertolongan dan Kuorum Penatua
Lembaga Pertolongan dan presidensi kuorum penatua mengkoordinasikan tugasan pelayanan dan membantu memimpin kerja dan usaha bait suci dan sejarah keluarga untuk menjemput semua orang untuk menerima berkat-berkat injil. Mereka juga mempunyai peranan penting dalam mengajar ahli-ahli bahagian asas-asas pelayanan kepada mereka yang memerlukan, mematuhi hukum puasa, membina keberdikarian, dan meningkat persediaan peribadi dan keluarga (lihat 22.6.2).
Pertemuan Hari Ahad
Lembaga Pertolongan bertemu pada hari Ahad kedua dan keempat dengan tujuan untuk meningkatkan iman kepada Yesus Kristus, membina kesatuan dan memperkuatkan keluarga dan rumah tangga. Pertemuan bermula dengan doa dan termasuk masa untuk berunding bersama dan arahan dan perbincangan injil berdasarkan ucapan persidangan umum baru-baru ini (lihat 9.2.1.2).
Pelayanan dan Aktiviti
Presidensi Lembaga Pertolongan boleh merancang aktiviti untuk menguatkan iman saudari dalam Yesus Kristus, meningkatkan keinginan mereka untuk membuat dan mentaati perjanjian dan memberi mereka peluang untuk melayani bersama. Presiden menyelia aktiviti-aktiviti ini dan boleh meminta seorang penasihat atau saudari lain untuk mengambil pimpinan dalam perancangan dan melaksanakannya (lihat 9.2.1.3).
Garis Panduan dan Polisi
Garis panduan dan polisi tambahan boleh didapati dalam bahagian 9.6 dalam Buku Panduan Umum.