Panggilan Saya sebagai Penasihat dalam Presidensi Sekolah Primer Pancang.
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Sekolah Primer
Sekolah Primer membantu kanak-kanak merasakan kasih Bapa Syurgawi mereka; belajar tentang rancangan kebahagiaan-Nya; menjalani injil Yesus Kristus; serta merasa, mengenali, dan bertindak atas pengaruh Roh Kudus. Sekolah Primer juga merupakan masa untuk bersedia, membuat, dan mentaati perjanjian kudus semasa kanak-kanak mengambil bahagian dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.1.)
Penasihat Sekolah Primer Pancang
Para penasihat Sekolah Primer pancang melayani dalam presidensi Sekolah Primer pancang. Ahli presidensi mempunyai pelbagai tanggungjawab termasuk membantu presidensi pancang, melayani di majlis pancang (presiden sahaja), mengorientasikan presidensi Sekolah Primer yang baharu dipanggil, menawarkan sokongan dan arahan yang berterusan, dan mengunjungi kelas-kelas bahagian dalam pancang. Apabila dijemput, mereka boleh menghadiri mesyuarat majlis penyelarasan dan berucap dalam pertemuan sakramen dan tetapan lain (lihat 6.7.1).
Mesyuarat dan Majlis
Presidensi Sekolah Primer pancang harus kerap berunding bersama. Mereka boleh dijemput untuk melayani dalam majlis-majlis tambahan. (Lihat 6.7.1.1.)
Aktiviti Sekolah Primer
Presidensi Sekolah Primer pancang kadang-kadang boleh merancang aktiviti pancang untuk kanak-kanak berumur 8 hingga 11 tahun. Aktiviti ini boleh untuk kanak-kanak perempuan, lelaki, atau kedua-duanya (lihat 6.7.1.3).
Garis Panduan dan Polisi
Semua orang dewasa yang melayani kanak-kanak dan remaja mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org). Garis panduan dan polisi mengenai kanak-kanak dengan keperluan khas, keperluan keselamatan, program Kanak-kanak dan Remaja, dan yang lain terdapat dalam bahagian 12.5 dalam Buku Panduan Umum.