Lembaga Pertolongan
Tanggungjawab


kumpulan wanita sedang bercakap

Panggilan Saya sebagai Penasihat dalam Presidensi Lembaga Pertolongan Pancang

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Lembaga Pertolongan

Lembaga Pertolongan ialah satu organisasi ilahi bagi semua wanita dewasa dalam Gereja. Lembaga Pertolongan membantu anak-anak Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Nabi Joseph Smith mengajar bahawa tujuan Lembaga Pertolongan adalah untuk “menyelamatkan jiwa dan melegakan penderitaan”—memberi kelegaan Juruselamat (lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 9.1).

Penasihat Lembaga Pertolongan Pancang

Ahli-ahli presidensi Lembaga Pertolongan pancang mempunyai pelbagai tanggungjawab termasuk memberi orientasi kepada presidensi Lembaga Pertolongan bahagian yang baharu dan menyediakan sokongan berterusan; mengajar presidensi Lembaga Pertolongan bahagian tentang asas-asas pelayanan, sejarah keluarga, dan pekerjaan misionari (lihat 9.5); menguatkan saudari dewasa bujang; menyelaras usaha kecemasan; berucap dalam pertemuan sakramen dan tetapan lain; dan melawat pertemuan Lembaga Pertolongan bahagian (lihat 6.7.1).

Mesyuarat dan Majlis

Presidensi Lembaga Pertolongan pancang kerap berunding bersama. Seorang ahli presidensi melayani di komiti belia bujang dan dewasa bujang, jika dianjurkan. Presidensi menghadiri mesyuarat kepimpinan tahunan dan mengajar presidensi Lembaga Pertolongan bahagian dalam mesyuarat tersebut (lihat 29.3.4), melayani dalam komiti kepimpinan dewasa pancang, dan menghadiri mesyuarat majlis penyelarasan apabila dijemput oleh Ahli Kawasan Tujuh Puluh (lihat 29.4).

Pelayanan dan Aktiviti

Presidensi Lembaga Pertolongan boleh merancang satu atau dua pertemuan setiap tahun untuk semua saudari Lembaga Pertolongan dalam pancang. Pertemuan ini boleh termasuk pelayanan, kelas, projek, persidangan, atau bengkel (lihat 6.7.1.1). Presiden Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, dan Sekolah Primer kadang-kadang boleh merancang aktiviti gabungan untuk organisasi mereka (lihat 6.7.1).

Garis Panduan dan Polisi

Garis panduan dan polisi tambahan boleh didapati dalam bahagian 9.6 dalam Buku Panduan Umum.