Sekolah Primer
Tanggungjawab


kumpulan wanita dan kanak-kanak

Panggilan Saya sebagai Pemimpin Nurseri

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Sekolah Primer

Sekolah Primer membantu kanak-kanak merasakan kasih Bapa Syurgawi mereka; belajar tentang rancangan kebahagiaan-Nya; menjalani injil Yesus Kristus; serta merasa, mengenali, dan bertindak atas pengaruh Roh Kudus. Sekolah Primer juga merupakan masa untuk bersedia, membuat, dan mentaati perjanjian kudus semasa kanak-kanak mengambil bahagian dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.1.)

Pemimpin Nurseri

Mengajar anak-anak Tuhan ialah satu keistimewaan kudus. Nurseri membantu kanak-kanak 18 bulan sehingga 3 tahun merasai kasih Bapa Syurgawi dan mempelajari rancangan kegembiraan-Nya. Pemimpin nurseri mengasihi, mengajar, dan melayani kanak-kanak. Mereka juga memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka (lihat 12.1.5).

Kelas Minggu

Pemimpin nurseri mengajar dari Behold Your Little Ones. Mereka mengikuti asas-asas dalam Mengajar dengan Cara Juruselamat dan bab 17 dalam Buku Panduan Umum. Apabila orang dewasa mengajar kanak-kanak dalam tetapan Gereja, sekurang-kurangnya dua orang dewasa yang bertanggungjawab harus hadir (lihat 12.3.5).

Garis Panduan dan Polisi

Semua orang dewasa yang melayani kanak-kanak dan remaja mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org). Garis panduan dan polisi mengenai kanak-kanak dengan keperluan khas, keperluan keselamatan, program Kanak-kanak dan Remaja, dan yang lain terdapat dalam bahagian 12.5 dalam Buku Panduan Umum.