Kuorum Imamat Harun
Tanggungjawab


kumpulan remaja putera

Panggilan Saya sebagai Penolong Kuorum Imam

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Imamat Harun

Kuorum Imamat Harun membantu remaja putera membuat dan mentaati perjanjian kudus dan mendalamkan penukaran hati mereka kepada Yesus Kristus dan injil-Nya. Tujuan kuorum adalah untuk membantu para pemegang imamat bekerjasama untuk melibatkan diri dalam kerja penyelamatan dan permuliaan Tuhan. (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 10.1, Gospel Library.)

Kuorum Imam

Remaja putera menyertai kuorum imam bermula bulan Januari pada tahun mereka berumur 16 tahun. Pada waktu ini mereka juga layak untuk ditahbiskan sebagai imam jika mereka bersedia dan layak. Imam ada tugas yang sama seperti diaken dan pengajar. Mereka juga menyediakan sakramen dan melayani sebagai pelayan saudara. Tugas tambahan ada dalam Ajaran dan Perjanjian 20:53–59; 84:111. (Lihat 10.1.3.2.)

Penolong

Penolong kuorum imam menyokong presiden kuorum, uskup, dengan tanggungjawabnya. Ini termasuk memimpin usaha kuorum untuk terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan Tuhan; mengenali dan melayani setiap ahli kuorum, termasuk mereka yang tidak hadir pertemuan kuorum; menguatkan ahli baharu dan yang kembali; ajar ahli kuorum tugas imamat mereka; dan merancang dan melaksanakan pertemuan kuorum (lihat 10.4.2.) Presidensi kuorum harus kerap bertemu (lihat 10.4.3).

Pelayanan dan Aktiviti

Ahli lembaga uskup dan pemimpin kuorum remaja, disokong oleh penasihat, merancang pelayanan dan aktiviti. Ini sepatutnya membantu mencapai kerja penyelamatan dan permuliaan. Aktiviti-aktiviti seharusnya seimbang antara empat aspek perkembangan: rohani, sosial, jasmani, dan intelektual. (Lihat 10.2.1.3.)

Garis Panduan dan Polisi

Garis panduan dan polisi tambahan, termasuk menyokong remaja putera kurang upaya, menerima lambang Kanak-kanak dan Remaja, dan mengumpulkan sumbangan puasa, terdapat dalam bahagian 10.8 dalam Buku Panduan Umum.