Sekolah Primer
Tanggungjawab


wanita mengajar kanak-kanak

Panggilan Saya sebagai Setiausaha Sekolah Primer

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kesediaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Sekolah Primer

Sekolah Primer membantu kanak-kanak merasakan kasih Bapa Syurgawi mereka; belajar tentang rancangan kebahagiaan-Nya; menjalani injil Yesus Kristus; serta merasa, mengenali, dan bertindak atas pengaruh Roh Kudus. Sekolah Primer juga merupakan masa untuk bersedia, membuat, dan mentaati perjanjian kudus semasa kanak-kanak mengambil bahagian dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.1.)

Setiausaha

Setiausaha Sekolah Primer membantu presidensi dengan keperluan pentadbiran. Setiausaha membantu presidensi untuk peka akan kanak-kanak dan pengunjung baharu, kanak-kanak yang layak untuk pembaptisan, dan kemajuan kelas. Dia membantu dalam tugasan pertemuan hari Ahad Sekolah Primer dan menyediakan agenda dan menghadiri mesyuarat. Setiausaha juga bekerjasama rapat dengan para pengajar dan pemimpin Sekolah Primer dan nurseri tentang hal-hal yang berkaitan dengan kanak-kanak. (Lihat 12.3.3.)

Kelas dan Waktu Menyanyi

Ia adalah keistimewaan kudus untuk mengajar kanak-kanak. Pemimpin Sekolah Primer mengasihi dan mengajar kanak-kanak dengan cara Juruselamat. Kelas Sekolah Primer diorganisasikan mengikut umur dan bilangan pengajar yang sedia ada (lihat 12.1.3). Waktu menyanyi membantu kanak-kanak merasai kasih Bapa Syurgawi dan mempelajari rancangan kegembiraan-Nya (lihat 12.1.4).

Aktiviti Sekolah Primer

Pemimpin aktiviti Sekolah Primer merancang aktiviti yang seronok dan menarik yang membantu mencapai kerja penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Pelayanan dan aktiviti harus membina kesaksian, menguatkan keluarga, dan menyediakan peluang untuk memberkati orang lain. Aktiviti Sekolah Primer biasanya diadakan dua kali sebulan untuk kanak-kanak yang berumur 8–11. (Lihat 12.3.6.)

Garis Panduan dan Polisi

Semua orang dewasa yang melayani kanak-kanak dan remaja mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org). Garis panduan dan polisi mengenai kanak-kanak dengan keperluan khas, keperluan keselamatan, program Kanak-kanak dan Remaja, dan yang lain terdapat dalam bahagian 12.5 dalam Buku Panduan Umum.