Panggilan Saya sebagai Setiausaha Lembaga Pertolongan
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayan dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Lembaga Pertolongan
Lembaga Pertolongan ialah satu organisasi ilahi bagi semua wanita dewasa dalam Gereja. Lembaga Pertolongan membantu anak-anak Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Nabi Joseph Smith mengajar bahawa tujuan Lembaga Pertolongan adalah untuk “menyelamatkan jiwa dan melegakan penderitaan”—memberi kelegaan Juruselamat (lihat Buku Panduan Umum: Melayan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 9.1).
Setiausaha
Presidensi dan setiausaha Lembaga Pertolongan kerap bertemu (lihat 9.3.2.3). Tanggungjawab setiausaha termasuk menyediakan agenda dan mengambil nota dalam mesyuarat, menjejak tugasan, menjadualkan temu duga pelayanan, menjaga kehadiran, menyerahkan laporan, membantu menyediakan belanjawan tahunan, dan menjejaki perbelanjaan (lihat 9.3.3). Penolong setiausaha dan setiausaha pelayanan boleh dipanggil untuk membantu setiausaha (lihat 9.3.4).
Kepimpinan dan Majlis
Para pemimpin Lembaga Pertolongan merancangkan pertemuan hari Ahad, aktiviti, pelayanan, dan interaksi lain untuk menyediakan para wanita dengan pengalaman dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Ahli-ahli Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua bekerja dalam kesatuan (lihat 9.2).
Pertemuan Hari Ahad
Lembaga Pertolongan bertemu pada hari Ahad kedua dan keempat dengan tujuan untuk meningkatkan iman kepada Yesus Kristus, membina kesatuan dan memperkuatkan keluarga dan rumah tangga. Pertemuan bermula dengan doa dan termasuk masa untuk berunding bersama dan arahan dan perbincangan injil berdasarkan ucapan persidangan umum baru-baru ini (lihat 9.2.1.2).
Pelayanan dan Aktiviti
Presidensi Lembaga Pertolongan boleh merancang aktiviti untuk menguatkan iman para saudari kepada Yesus Kristus, meningkatkan keinginan mereka untuk membuat dan mentaati perjanjian, dan memberi mereka peluang untuk melayani bersama. Presiden menyelia aktiviti-aktiviti ini dan boleh meminta seorang penasihat atau saudari lain untuk mengambil pimpinan dalam perancangan dan melaksanakannya (lihat 9.2.1.3).
Garis Panduan dan Polisi
Garis panduan dan polisi tambahan boleh didapati dalam bahagian 9.6 dalam Buku Panduan Umum.