Music
Tanggungjawab


wanita memimpin koir

Panggilan Saya sebagai Penyelaras Muzik Pancang

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Muzik dalam Gereja

Muzik kudus meningkatkan iman kepada Yesus Kristus. Ia menjemput Roh dan mengajar ajaran. Ia juga mencipta perasaan ketakziman, menyatukan ahli, dan menyediakan cara untuk menyembah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Tuhan mengisytiharkan, “Jiwa-Ku senang akan nyanyian hati” (Ajaran dan Perjanjian 25:12). (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 19.1.)

Penyelaras Muzik Pancang

Penyelaras muzik pancang membantu ahli-ahli bahagian meningkatkan iman dan penyembahan kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus melalui muzik kudus. Mereka berunding dengan presidensi pancang untuk merancang muzik untuk persidangan pancang dan acara lain. Pilihan muzik harus meningkatkan semangat penyembahan dan mengajar injil dengan kuasa dan kejelasan. (Lihat 19.3.1.) Penyelaras muzik merupakan sumber kepada pemimpin pancang dalam hal-hal berkenaan muzik (lihat 19.5.2).

Muzik untuk Pertemuan Pancang

“Muzik berilham adalah bahagian penting dalam pertemuan gereja kita” (Nyanyian Rohani, Kata-kata Pendahuluan Presidensi Utama). Persidangan pancang termasuk nyanyian rohani dan pilihan muzikal lain dari koir, solo, atau kumpulan kecil (lihat 19.3.4). Nyanyian rohani atau pilihan muzik kudus lain boleh digunakan sebagai muzik pendahuluan dan muzik penutup, muzik koir, dan persembahan solo atau kumpulan kecil. Penyelaras muzik pancang boleh mengesyorkan koir pancang atau gabungan pancang untuk persidangan atau acara lain, seperti acara komuniti (lihat 19.3.7.2).

Latihan dan Sumber

Penyelaras muzik pancang mengesyorkan dan menyelia latihan muzik dalam pancang mengikut keperluan. Mereka menyediakan latihan dan sokongan untuk penyelaras muzik bahagian. (Lihat 19.6.) Jika tiada iringan tersedia untuk pertemuan pancang, lihat bahagian 19.4.3.2 dalam Buku Panduan Umum untuk mengakses iringan yang direkodkan.

Garis Panduan dan Polisi

Untuk polisi dan garis panduan tambahan, seperti memperoleh muzik, penggunaan alat muzik di tempat pertemuan untuk latihan, atau koir komuniti, lihat bahagian 19.7 dalam Buku Panduan Umum.