Panggilan Saya sebagai Presiden Lembaga Pertolongan Pancang
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Lembaga Pertolongan
Lembaga Pertolongan ialah satu organisasi ilahi bagi semua wanita dewasa dalam Gereja. Lembaga Pertolongan membantu anak-anak Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Nabi Joseph Smith mengajar bahawa tujuan Lembaga Pertolongan adalah untuk “menyelamatkan jiwa dan melegakan penderitaan”—memberi kelegaan Juruselamat (lihat Buku Panduan Umum: Melayan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 9.1).
Presiden Lembaga Pertolongan Pancang
Ahli-ahli presidensi Lembaga Pertolongan pancang mempunyai pelbagai tanggungjawab termasuk memberi orientasi kepada presidensi Lembaga Pertolongan bahagian yang baharu dan menyediakan sokongan berterusan; mengajar presidensi Lembaga Pertolongan bahagian tentang asas-asas pelayanan, sejarah keluarga, dan pekerjaan misionari (lihat 9.5); menguatkan saudari dewasa bujang; menyelaras usaha kecemasan; berucap dalam pertemuan sakramen dan tetapan lain; dan melawat pertemuan Lembaga Pertolongan bahagian (lihat 6.7.1).
Mesyuarat dan Majlis
Presidensi Lembaga Pertolongan pancang kerap berunding bersama. Seorang ahli presidensi melayani di komiti belia bujang dan dewasa bujang pancang, jika dianjurkan. Presidensi menghadiri mesyuarat kepimpinan tahunan dan mengajar presidensi Lembaga Pertolongan bahagian dalam mesyuarat tersebut (lihat 29.3.9), melayani dalam majlis kepimpinan dewasa pancang (presiden sahaja) dan komiti, dan menghadiri mesyuarat majlis penyelarasan apabila dijemput oleh Ahli Kawasan Tujuh Puluh (lihat 29.4).
Pelayanan dan Aktiviti
Presidensi Lembaga Pertolongan pancang boleh merancang satu atau dua pertemuan setiap tahun untuk semua saudari Lembaga Pertolongan dalam pancang. Pertemuan ini boleh termasuk pelayanan, kelas, projek, persidangan, atau bengkel (lihat 6.7.1.1). Presidensi Lembaga Pertolongan Pancang, Remaja Puteri Pancang, dan Sekolah Primer Pancang boleh sekali-sekala merancang aktiviti gabungan untuk organisasi mereka (lihat 6.7.1).
Garis Panduan dan Polisi
Garis panduan dan polisi tambahan boleh didapati dalam bahagian 9.6 dalam Buku Panduan Umum.