Panggilan Saya sebagai Presiden Kuorum Pengajar
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Imamat Harun
Kuorum Imamat Harun membantu remaja putera membuat dan mentaati perjanjian kudus dan mendalamkan penukaran hati mereka kepada Yesus Kristus dan injil-Nya. Tujuan kuorum adalah untuk membantu para pemegang imamat bekerjasama untuk melibatkan diri dalam kerja penyelamatan dan permuliaan Tuhan. (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 10.1, Gospel Library.)
Kuorum Pengajar
Remaja putera menyertai kuorum pengajar bermula bulan Januari pada tahun mereka berumur 14 tahun. Pada waktu ini mereka juga layak untuk ditahbiskan sebagai pengajar jika mereka bersedia dan layak. Pengajar mempunyai tugas yang sama seperti diaken. Mereka juga menyediakan sakramen dan melayani sebagai pelayan saudara. Tugas tambahan dijelaskan dalam Ajaran dan Perjanjian 20:53–59; 84:111. (Lihat 10.1.3.2.)
Presiden
Tanggungjawab presiden kuorum pengajar termasuk memimpin usaha kuorum untuk terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan Tuhan; mengenali dan melayani setiap ahli kuorum, termasuk mereka yang tidak hadir pertemuan kuorum; menguatkan ahli baharu dan yang kembali; mengajar ahli kuorum tugas imamat mereka; dan merancang dan melaksanakan pertemuan kuorum (lihat 10.4.2). Presidensi kuorum harus kerap bertemu (lihat 10.4.3).
Majlis Remaja
Presiden kuorum pengajar adalah ahli majlis remaja bahagian. Tujuan majlis ini adalah untuk membantu remaja membawa orang lain kepada Yesus Kristus dan membantu mencapai kerja penyelamatan dan permuliaan. Uskup mempengerusikan majlis remaja bahagian. (Lihat 10.4.4.)
Pelayanan dan Aktiviti
Ahli lembaga uskup dan pemimpin kuorum remaja, disokong oleh penasihat, merancang pelayanan dan aktiviti. Ini sepatutnya membantu mencapai kerja penyelamatan dan permuliaan. Aktiviti-aktiviti seharusnya seimbang antara empat aspek perkembangan: rohani, sosial, jasmani, dan intelektual. (Lihat 10.2.1.3.)
Garis Panduan dan Polisi
Garis panduan dan polisi tambahan, termasuk menyokong remaja putera kurang upaya, menerima lambang Kanak-kanak dan Remaja, dan mengumpulkan sumbangan puasa, terdapat dalam bahagian 10.8 dalam Buku Panduan Umum.