Panggilan Saya sebagai Pengiring Koir Bahagian
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Muzik dalam Gereja
Muzik kudus meningkatkan iman kepada Yesus Kristus. Ia menjemput Roh dan mengajar ajaran. Ia juga mencipta perasaan ketakziman, menyatukan ahli, dan menyediakan cara untuk menyembah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Tuhan mengisytiharkan “Jiwa-Ku senang akan nyanyian hati” (Ajaran dan Perjanjian 25:12). (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 19.1.)
Pengiring Koir Bahagian
Pengiring koir bahagian membantu ahli-ahli bahagian meningkatkan iman dan penyembahan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus melalui muzik kudus. Mereka bermain untuk latihan koir dan apabila koir menyanyi dalam pertemuan Gereja (lihat 19.4.3.3).
Koir Bahagian
Koir gereja membawa kemuliaan kepada Tuhan, menyatukan dan meneguhkan ahli-ahli Gereja, dan membawa kegembiraan kepada peserta dan jemaah. Koir digalakkan untuk menggunakan buku nyanyian rohani Gereja, yang menjemput Roh dan membantu peserta koir dan jemaah mempelajari injil (lihat Hymns,381-83). Koir gereja juga boleh menyanyi pilihan muzik kudus yang lain. Semua pilihan muzik harus mengajar injil dengan kuasa dan kejelasan. (Lihat 19.3.)
Garis Panduan dan Polisi
Latihan koir biasanya tidak melebihi satu jam. Untuk polisi dan garis panduan tambahan, seperti memperoleh muzik, penggunaan alat muzik di tempat pertemuan untuk latihan, atau koir komuniti, lihat bahagian 19.7 Buku Panduan Umum.