Music
Tanggungjawab


Imej
wanita memimpin koir

Panggilan Saya sebagai Pengarah Koir Bahagian

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Muzik dalam Gereja

Muzik kudus meningkatkan iman kepada Yesus Kristus. Ia menjemput Roh dan mengajar ajaran. Ia juga mencipta perasaan ketakziman, menyatukan ahli, dan menyediakan cara untuk menyembah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Tuhan mengisytiharkan, “Jiwa-Ku senang akan nyanyian hati” (Ajaran dan Perjanjian 25:12). (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 19.1.)

Pengarah Koir Bahagian

Pengarah koir bahagian membantu ahli-ahli bahagian meningkatkan iman dan penyembahan kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus melalui muzik kudus. Mereka mengesyorkan muzik untuk koir bahagian, mengarah latihan koir, dan memimpin koir dalam pertemuan Gereja (lihat 19.4.3.3).

Koir Bahagian

Koir gereja membawa kemuliaan kepada Tuhan, menyatukan dan meneguhkan ahli-ahli Gereja, dan membawa kegembiraan kepada peserta dan jemaah. Koir digalakkan untuk menggunakan buku nyanyian rohani Gereja, yang menjemput Roh dan membantu peserta koir dan jemaah mempelajari injil (lihat Hymns,381-83). Koir gereja juga boleh menyanyi pilihan muzik kudus yang lain. Semua pilihan muzik harus mengajar injil dengan kuasa dan kejelasan. (Lihat 19.3.)

Garis Panduan dan Polisi

Latihan koir biasanya tidak melebihi satu jam. Untuk polisi dan garis panduan tambahan, seperti memperoleh muzik, penggunaan alat muzik di tempat pertemuan untuk latihan, atau koir komuniti, lihat bahagian 19.7 dalam Buku Panduan Umum.

Cetak