Music
Tanggungjawab


Imej
wanita memimpin koir

Panggilan Saya sebagai Penyelaras Muzik Bahagian

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut adalah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Muzik dalam Gereja

Muzik kudus meningkatkan iman kepada Yesus Kristus. Ia menjemput Roh dan mengajar ajaran. Ia juga mencipta perasaan ketakziman, menyatukan ahli, dan menyediakan cara untuk menyembah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Tuhan mengisytiharkan, “Jiwa-Ku senang akan nyanyian hati” (Ajaran dan Perjanjian 25:12). (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 19.1.)

Penyelaras Muzik Bahagian

Penyelaras muzik bahagian membantu ahli-ahli bahagian meningkatkan iman dan penyembahan kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus melalui muzik kudus. Mereka melayani di bawah arahan uskup. Penyelaras muzik bahagian merupakan sumber kepada uskup dan pemimpin bahagian lain dalam hal-hal berkenaan muzik. Penyelaras muzik boleh menghadiri pertemuan majlis bahagian seperti yang diminta oleh uskup. (Lihat 19.4.2.)

Muzik untuk Pertemuan Gereja

“Muzik berilham adalah bahagian penting dalam pertemuan gereja kita” (Nyanyian Rohani, Kata-kata Pendahuluan Presidensi Utama). Pilihan muzik harus mengajar injil dengan kuasa dan kejelasan (lihat 19.3.1).

Muzik untuk Pertemuan Sakramen

Muzik dalam pertemuan sakramen termasuk menyanyi nyanyian rohani untuk membuka dan menutup pertemuan dan sebelum pelaksanaan sakramen. Pertemuan sakramen juga boleh merangkumi satu atau lebih nyanyian rohani tambahan atau persembahan muzik. Nyanyian Rohani atau pilihan muzik kudus lain boleh digunakan untuk muzik pendahuluan dan penutup, muzik koir, dan solo atau persembahan kumpulan kecil. (Lihat 19.3.2.)

Latihan dan Sumber

Penyelaras muzik bahagian mengesyorkan dan memberi orientasi kepada ahli untuk pelayanan dalam panggilan muzik bahagian. Mereka menawarkan sokongan dan arahan dan menyelia latihan muzik mengikut keperluan. (Lihat 19.6.) Jika tiada pengiring tersedia untuk pertemuan bahagian, lihat bahagian 19.4.3.2 dalam Buku Panduan Umum untuk mengakses iringan yang direkodkan.

Garis Panduan dan Polisi

Untuk polisi dan garis panduan tambahan, seperti memperoleh muzik, penggunaan alat muzik di tempat pertemuan untuk latihan, atau koir komuniti, lihat bahagian 19.7 dalam Buku Panduan Umum.

Cetak