Panggilan Saya sebagai Setiausaha Kuorum Penatua
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Kuorum Penatua
Imamat Melkisedek membantu anak-anak Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Ahli-ahli kuorum penatua bekerjasama untuk membantu mencapai pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Mereka melayani orang lain, memenuhi tugas imamat, membina kesatuan, dan belajar dan menjalani ajaran (lihat Buku Panduan Umum: Melayani di Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 8.1).
Setiausaha Kuorum Penatua
Presidensi kuorum penatua dan setiausaha kerap bertemu. Tanggungjawab setiausaha termasuk menyediakan agenda, mengambil nota, menjejaki tugasan, menjadualkan temu duga pelayanan, menyediakan dan menyerahkan laporan kehadiran, dan membantu menyediakan belanjawan (lihat 8.3.4).
Pertemuan Hari Ahad
Kuorum penatua bertemu pada hari Ahad kedua dan keempat dengan tujuan untuk meningkatkan iman kepada Yesus Kristus, membina kesatuan, dan memperkuatkan keluarga dan rumah. Presidensi kuorum penatua dengan penuh doa memilih pesanan dari persidangan umum terkini untuk dibincangkan berdasarkan keperluan ahli (lihat 8.2.1.2).
Pelayanan dan Aktiviti
Kuorum penatua boleh merancang aktiviti untuk mengukuhkan ahli kuorum dan memberi mereka peluang untuk melayani bersama (lihat 8.2.1.3).