Perpustakaan
Bermula


Imej
jemaah gereja mengangkat tangan mereka

Bermula

“Semua yang Dia minta adalah bahawa anda memberikan usaha anda yang terbaik dan sepenuh hati anda. Lakukannya dengan ceria dan dengan doa iman.” —Presiden Henry B. Eyring1

Kami menjemput anda untuk memulakan panggilan baru anda dengan semua sokongan dan pengaruh yang disediakan untuk anda oleh Tuhan. Ini boleh dilakukan dengan menerima dua jemputan berikut untuk bertindak.

Pertama, berdoa. Berdoa untuk mereka yang anda pimpin. Berdoa untuk mereka yang anda layani. Berdoa untuk peluang, pemahaman, dan berkat-berkat selalu. Bersandarlah selalu kepada Tuhan dan Dia akan memberkati anda dalam panggilan anda.

Kedua, disokong dan ditetapkan untuk panggilan baru anda. Langkah penting ini memberikan anda hak kuasa imamat untuk bertindak dalam panggilan anda. Melalui hak kuasa ini, anda boleh menerima berkat dan ilham yang dibimbing oleh Roh untuk mereka yang anda pimpin dan layani.

Teruskan ke bahagian Tanggungjawab untuk gambaran keseluruhan panggilan anda.

  1. Rise to Your Call,” Ensign, Nov. 2002, 78.

Cetak