“Membantu Nenek Moyang Menerima Tatacara Kudus,” Jalan Perjanjian Saya (2020)
“Membantu Nenek Moyang Menerima Tatacara Kudus,” Jalan Perjanjian Saya
Membantu Nenek Moyang Menerima Tatacara Kudus
Bapa Syurgawi mengasihi ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia dan telah menyediakan jalan untuk mereka menerima berkat-berkat injil melalui bait suci.
-
Ketahui tentang kepentingan keluarga dan bait suci. Pertimbangkan untuk menggunakan:
-
“What Is Family History?”, “How Can I Start My Family History and Temple Service?,” dan “My Ancestor” dalam Families and Temples, 15–19.
-
-
Dengan penuh doa kenal pasti satu atau lebih nenek moyang yang sama jantina dengan anda dan yang anda ingin melayani di bait suci.
-
Ketahui cara mudah menyediakan dan mencetak kad nama keluarga yang boleh anda bawa ke bait suci. Pertimbangkan untuk menggunakan:
-
Bantuan Nama Keluarga (familysearch.org/family-name-assist). Untuk menggunakan alat ini, anda memerlukan nombor rekod Gereja anda. Nombor rekod anda terdapat pada kad rekomen bait suci anda, atau anda boleh mendapatkannya daripada kerani bahagian anda.
-
-
Jika boleh, buat janji temu untuk menghadiri bait suci dengan keluarga, kawan-kawan, dan ahli bahagian untuk membuat pembaptisan nenek moyang anda yang sudah meninggal. Anda boleh pergi ke ChurchofJesusChrist.org/temple/schedule/appointment dan daftar masuk menggunakan akaun Gereja anda untuk menjadualkan janji temu.