“Apakah yang boleh saya lakukan untuk menunjukkan kasih seperti Kristus?” Transgender: Menyokong Orang Lain (2020)
“Apakah yang boleh saya lakukan untuk menunjukkan kasih seperti Kristus?” Transgender: Menyokong Orang Lain
Apakah yang boleh saya lakukan untuk menunjukkan kasih seperti Kristus?
Adalah penting untuk memahami bahawa “setiap orang berada di tempat yang berbeza di sepanjang jalan.” Kita perlu menyedari keperluan orang lain di sekeliling kita. Setiap orang mengalami kesukaran. Ada yang mengalami kesukaran ketara yang tidak kita ketahui. Kita semua dikasihi oleh Tuhan. Kita perlu berusaha melihat orang lain melalui mata Kristus. Kita tidak harus “membenarkan penghakiman menentukan cara kita berinteraksi dengan orang.” Hidup bukan setakat “kemajuan kita sendiri tetapi membantu orang lain maju” juga. “Kita diletakkan di tempat yang kita berada supaya kita dapat mengasihi dan mengangkat orang lain.”
Untuk menjadi pengikut Kristus bermaksud kita harus membantu orang lain di sepanjang jalan. “Injil Yesus Kristus tidak meminggirkan orang. Orang yang meminggirkan orang. Kita perlu membetulkan hal ini. Kita perlu peka dan mengasihi mereka, memberi mereka peluang untuk bertumbuh dan berkembang serta memupuk diri mereka yang terbaik. Mereka mempunyai bakat dan kemampuan serta [keperibadian yang] diperlukan dalam kerajaan Tuhan.” Apabila orang datang ke gereja, “mereka seharusnya terus berasa dipeluk dan dikasihi serta diangkat dan diilhami.” Kemudian, apabila mereka keluar pintu ini, mereka menjadi lebih baik “kerana mereka mengetahui bahawa Tuhan mengasihi mereka. [Dan mereka tahu] mereka mempunyai kawan dalam iman mereka” (Carol F. McConkie, “Lifting Others,” ChurchofJesusChrist.org).