Bab 51
Para penyokong raja berupaya mengubah hukum dan menempatkan seorang raja—Pahoran dan para penyokong kebebasan disokong oleh suara rakyat—Moroni memaksa para penyokong raja mempertahan negeri mereka atau dihukum mati—Amalikia dan bangsa Laman merebut banyak kota yang dikubui—Teankum menangkis pencerobohan bangsa Laman dan membunuh Amalikia di dalam khemahnya. Kira-kira 67–66 tahun S.M.
1 Dan sekarang, terjadilah pada permulaan tahun kedua puluh dan lima zaman pemerintahan hakim-hakim atas bangsa Nefi, mereka telah menegakkan perdamaian antara orang Lehi dan orang Morianton berkaitan dengan negeri-negeri mereka, dan telah memulakan tahun kedua puluh dan lima dalam kedamaian;
2 Walaupun demikian, mereka tidak lama mempertahan kedamaian sepenuhnya di negeri itu, kerana mula terjadi suatu perselisihan di kalangan rakyat berkenaan hakim utama Pahoran; kerana lihatlah, ada sebahagian daripada rakyat yang berhasrat agar beberapa pokok tertentu dalam hukum hendaknya diubah.
3 Tetapi lihatlah, Pahoran tidak mahu mengubah atau membiarkan hukum diubah; oleh itu, dia tidak mendengar mereka yang telah menghantarkan suara mereka bersama permintaan tertulis berkenaan pengubahan hukum.
4 Oleh itu, mereka yang berhasrat agar hukum hendaknya diubah marah terhadapnya, dan berhasrat agar dia hendaknya tidak lagi menjadi hakim utama atas negeri itu; oleh itu timbullah suatu perbantahan yang hangat berkenaan masalah itu, tetapi tidak sampai pada pertumpahan darah.
5 Dan terjadilah bahawa mereka yang berhasrat agar Pahoran hendaknya diturunkan dari kerusi penghakiman digelar para penyokong raja, kerana mereka berhasrat agar hukum hendaknya diubah dengan suatu cara untuk menggulingkan kerajaan yang bebas dan untuk menetapkan seorang raja atas negeri itu.
6 Dan mereka yang berhasrat agar Pahoran hendaknya tetap sebagai hakim utama atas negeri itu mengambil pada diri mereka nama para penyokong kebebasan; dan demikianlah terjadi perpecahan di kalangan mereka, kerana para penyokong kebebasan telah bersumpah atau membuat perjanjian untuk mempertahan hak mereka dan hak istimewa agama mereka melalui suatu pemerintahan yang bebas.
7 Dan terjadilah bahawa masalah perselisihan mereka ini diselesaikan melalui suara rakyat. Dan terjadilah bahawa suara rakyat berpihak kepada para penyokong kebebasan, dan Pahoran mempertahankan kerusi penghakiman, yang menyebabkan kesukacitaan yang besar di kalangan saudara-saudara Pahoran dan juga banyak daripada orang yang menyokong kemerdekaan, yang juga membungkam para penyokong raja, sehingga mereka tidak berani menentang tetapi terpaksa menyokong perjuangan kebebasan.
8 Sekarang, mereka yang berpihak kepada raja-raja merupakan mereka yang daripada kaum bangsawan, dan mereka berupaya untuk menjadi raja; dan mereka disokong oleh mereka yang mengupayakan kekuasaan dan wewenang atas rakyat.
9 Tetapi lihatlah, ini masa yang genting bagi perselisihan seperti itu di kalangan bangsa Nefi; kerana lihatlah, Amalikia telah kembali menghasut hati bangsa Laman melawan bangsa Nefi, dan dia sedang mengumpulkan bersama para askar dari semua bahagian negerinya, dan mempersenjatai mereka, dan bersiap sedia untuk peperangan dengan segenap ketekunan; kerana dia telah bersumpah untuk meminum darah Moroni.
10 Tetapi lihatlah, kita akan lihat bahawa janjinya yang dia buat itu tergopoh-gopoh; walaupun demikian, dia mempersiapkan dirinya dan tentera-tenteranya untuk datang bertempur melawan bangsa Nefi.
11 Sekarang, tenteranya tidaklah demikian banyak seperti dahulu, kerana beribu-ribu orang yang telah dibunuh oleh tangan bangsa Nefi; tetapi tidak mengira kekalahan mereka yang besar, Amalikia telah mengumpulkan bersama tentera yang luar biasa besarnya, sedemikian rupa sehingga dia tidak merasa takut untuk pergi ke negeri Zarahemla.
12 Ya, bahkan Amalikia sendiri pergi, di depan bangsa Laman. Dan hal itu berlaku pada tahun kedua puluh dan lima zaman pemerintahan hakim-hakim; dan itu pada waktu yang sama ketika mereka telah mula menyelesaikan urusan perselisihan mereka berkenaan hakim utama, Pahoran.
13 Dan terjadilah bahawa ketika mereka yang disebut para penyokong raja telah mendengar bahawa bangsa Laman sedang datang untuk bertempur melawan mereka, mereka gembira dalam hati mereka; dan mereka enggan mengangkat senjata, kerana mereka demikian berang terhadap hakim utama, dan juga terhadap penyokong-penyokong kemerdekaan, sehingga mereka tidak mahu mengangkat senjata untuk mempertahan negeri mereka.
14 Dan terjadilah bahawa ketika Moroni melihat ini, dan juga melihat bahawa bangsa Laman sedang datang ke sempadan negeri, dia amat berang kerana kedegilan bangsa itu yang telah dia layani dengan demikian penuh ketekunan untuk melindungi mereka; ya, dia amat berang; jiwanya dipenuhi kemarahan terhadap mereka.
15 Dan terjadilah bahawa dia mengirim suatu permintaan tertulis, dengan suara rakyat, kepada pentadbir negeri, menghasratkan agar dia hendaknya membacanya, dan memberi dia (Moroni) kuasa untuk memaksa para pembelot itu untuk mempertahan negeri mereka atau untuk menghukum mati mereka.
16 Kerana kepentingannya yang pertama ialah untuk mengakhiri perselisihan dan pembelotan seperti itu di kalangan rakyat; kerana lihatlah, ini telah hingga kini menjadi suatu sebab keseluruhan kehancuran mereka. Dan terjadilah bahawa hal itu dikabulkan menurut suara rakyat.
17 Dan terjadilah bahawa Moroni memerintahkan agar tenteranya hendaknya pergi melawan para penyokong raja itu, untuk menumpaskan keangkuhan mereka dan kebangsawanan mereka dan meratakan mereka sampai ke tanah, atau mereka hendaknya mengangkat senjata dan menyokong perjuangan kemerdekaan.
18 Dan terjadilah bahawa tentera itu berkawat pergi melawan mereka; dan mereka merobohkan keangkuhan mereka dan kebangsawanan mereka, sedemikian rupa sehingga sewaktu mereka mengangkat senjata peperangan mereka untuk berperang melawan orangnya Moroni mereka ditebang dan diratakan sampai ke tanah.
19 Dan terjadilah bahawa ada empat ribu daripada para pembelot itu yang ditebas dengan pedang; dan mereka daripada para pemimpin mereka yang tidak terbunuh dalam pertempuran ditangkap dan dilemparkan ke dalam penjara, kerana tidak ada masa untuk pengadilan mereka pada tempoh masa ini.
20 Dan sisa daripada para pembelot itu, daripada dihentam jatuh ke tanah dengan pedang, menyerah pada panji kemerdekaan, dan dipaksa mengibarkan panji kemerdekaan di atas menara-menara mereka, dan di kota-kota mereka, dan mengangkat senjata untuk pertahanan negeri mereka.
21 Dan demikianlah Moroni menghapuskan para penyokong raja itu, sehingga tidak ada seorang pun yang dikenal dengan gelaran para penyokong raja; dan demikianlah dia menghapuskan kedegilan dan keangkuhan orang itu yang mengaku berdarah bangsawan; tetapi mereka dibawa turun untuk merendahkan hati mereka seperti saudara-saudara mereka, dan untuk bertempur dengan gagah berani demi kebebasan mereka daripada perhambaan.
22 Lihatlah, terjadilah bahawa sementara Moroni sedang demikian menumpas peperangan dan perselisihan di kalangan bangsanya sendiri, dan menundukkan mereka pada kedamaian dan peradaban, dan membuat peraturan-peraturan untuk bersiap sedia untuk peperangan melawan bangsa Laman, lihatlah, bangsa Laman telah datang ke negeri Moroni, yang berada di perbatasan di tepi pantai.
23 Dan terjadilah bahawa bangsa Nefi tidaklah cukup kuat di kota Moroni; oleh itu Amalikia menghalau mereka, membunuh banyak orang. Dan terjadilah bahawa Amalikia mengambil penguasaan atas kota itu, ya, penguasaan atas semua perkubuan mereka.
24 Dan mereka yang melarikan diri dari kota Moroni datang ke kota Nefiha; dan juga penduduk kota Lehi juga berkumpul bersama, dan membuat persiapan dan sedia menghadap bangsa Laman untuk bertempur.
25 Tetapi terjadilah bahawa Amalikia tidak membiarkan bangsa Laman pergi menuju kota Nefiha untuk bertempur, tetapi menahan mereka dekat tepi laut, meninggalkan orang di setiap kota untuk menjaga dan mempertahannya.
26 Dan demikianlah dia berterusan, menguasai banyak kota, kota Nefiha, dan kota Lehi, dan kota Morianton, dan kota Omner, dan kota Gid, dan kota Mulek, yang semuanya berada di perbatasan timur dekat tepi laut.
27 Dan demikianlah telah bangsa Laman memperolehi, melalui kelicikan Amalikia, demikian banyak kota, dengan bala tentera mereka yang tak terbilang jumlahnya, yang semuanya dengan kuat dikubui menurut cara perkubuan Moroni; yang semuanya menyediakan kubu-kubu pertahanan bagi bangsa Laman.
28 Dan terjadilah bahawa mereka berkawat ke sempadan negeri Kelimpahan, menghalau bangsa Nefi di hadapan mereka dan membunuh banyak orang.
29 Tetapi terjadilah bahawa mereka dihadapi oleh Teankum, yang telah membunuh Morianton dan telah memintas orangnya dalam pelariannya.
30 Dan terjadilah bahawa dia memintas Amalikia juga, sewaktu dia sedang berbaris maju bersama tenteranya yang banyak agar dia boleh mengambil penguasaan atas negeri Kelimpahan, dan juga negeri di sebelah utara.
31 Tetapi lihatlah dia menemui kekecewaan kerana ditangkis oleh Teankum dan orangnya, kerana mereka pejuang hebat; kerana setiap orang Teankum melebihi bangsa Laman dalam kekuatan mereka dan dalam kemahiran berperang mereka, sedemikian rupa sehingga mereka mendapat kelebihan atas bangsa Laman.
32 Dan terjadilah bahawa mereka mengacaukan mereka, sedemikian rupa sehingga mereka membunuh mereka bahkan sampai hari sudah gelap. Dan terjadilah bahawa Teankum dan orangnya mendirikan khemah-khemah mereka di perbatasan negeri Kelimpahan; dan Amalikia mendirikan khemah-khemahnya di perbatasan di pantai dekat tepi laut, dan menurut cara ini mereka dihalau.
33 Dan terjadilah bahawa ketika waktu malam telah tiba, Teankum dan orang suruhannya menyelinap dan pergi keluar pada waktu malam, dan pergi ke dalam perkhemahan Amalikia; dan lihatlah, tidur telah menguasai mereka kerana keletihan mereka yang hebat, yang disebabkan oleh kerja dan kepanasan hari itu.
34 Dan terjadilah bahawa Teankum menyelinap secara rahsia ke dalam khemah raja, dan menikamkan sebatang lembing ke jantungnya; dan dia menyebabkan kematian raja dengan segera sehingga dia tidak membangunkan para orang suruhannya.
35 Dan dia kembali lagi secara rahsia ke perkhemahannya sendiri, dan lihatlah, orangnya sedang tidur, dan dia membangunkan mereka dan memberitahu mereka segala sesuatu yang telah dia lakukan.
36 Dan dia menyuruh agar tenteranya hendaknya berada dalam kesiapsediaan, jangan-jangan bangsa Laman telah bangun dan akan menyerang mereka.
37 Dan demikianlah berakhirnya tahun kedua puluh dan lima zaman pemerintahan hakim-hakim atas bangsa Nefi; dan demikianlah berakhir masa hidup Amalikia.