Kitab Mormon
Laporan yang Ditulis oleh
Tangan Mormon
di atas Kepingan-kepingan
yang diambil dari Kepingan-kepingan Nefi
Kerana itu, ia adalah sebuah ringkasan dari catatan bangsa Nefi, dan juga bangsa Laman—Ditulis bagi bangsa Laman, yang merupakan bani Israel yang selebihnya; dan juga bagi bangsa Yahudi dan bangsa Bukan Israel—Ditulis dengan cara perintah, dan juga melalui roh nubuat dan wahyu—Ditulis dan dimeteraikan, dan disembunyikan bagi Tuhan, agar tidak dihancurkan—Akan datang melalui kurnia dan kuasa Tuhan untuk penafsirannya—Dimeteraikan oleh tangan Moroni, dan disembunyikan bagi Tuhan, untuk datang pada waktu yang tepat melalui bangsa Bukan Israel—Penafsirannya melalui kurnia Tuhan.
Sebuah ringkasan yang juga diambil dari Kitab Eter, yang merupakan sebuah catatan tentang bangsa Yared, yang dicerai-beraikan pada waktu Tuhan mengacaukan bahasa bangsa itu, ketika mereka sedang membina sebuah menara untuk mencapai syurga—Yang adalah untuk memperlihatkan kepada bani Israel yang selebihnya hal-hal besar apa yang telah Tuhan lakukan bagi nenek moyang mereka; dan agar mereka boleh mengetahui perjanjian-perjanjian Tuhan, agar mereka tidak disingkirkan untuk selamanya—Dan juga untuk meyakinkan bangsa Yahudi dan bangsa Bukan Israel bahawa Yesus ialah Kristus, Tuhan Yang Abadi, yang menyatakan diri-Nya kepada semua bangsa—Dan sekarang, jika ada kesalahan itu adalah kesilapan manusia; kerana itu, janganlah mengecam hal-hal Tuhan, supaya kamu boleh didapati tanpa noda pada kerusi penghakiman Kristus.
Terjemahan Asli dari kepingan-kepingan emas ke dalam Bahasa Inggeris
oleh Joseph Smith, Jun.