Kitab Suci
Eter 4


Bab 4

Moroni diperintahkan untuk memeteraikan tulisan saudara lelaki Yared—Ianya tidak akan didedahkan sehinggalah manusia mempunyai iman bahkan seperti saudara lelaki Yared—Kristus memerintahkan manusia untuk mempercayai firman-Nya dan perkataan para pengikut-Nya—Manusia diperintahkan untuk bertaubat, mempercayai Injil, dan diselamatkan.

1 Dan Tuhan memerintahkan saudara lelaki Yared untuk turun dari gunung daripada hadirat Tuhan, dan menuliskan apa yang telah dia lihat; dan ianya dilarang untuk pergi kepada anak-anak manusia sehinggalah Dia telah diangkat ke atas salib; dan untuk sebab inilah raja Mosia menyimpannya, agar ia tidak harus keluar ke dunia sehinggalah setelah Kristus memperlihatkan diri-Nya kepada umat-Nya.

2 Dan setelah Kristus benar-benar memperlihatkan diri-Nya kepada umat-Nya Dia memerintahkan agar ianya haruslah dinyatakan.

3 Dan sekarang, selepas itu, mereka semua telah merosot dalam ketidakpercayaan; dan tidak ada seorang pun kecuali bangsa Laman, dan mereka telah menolak Injil Kristus; oleh itu aku diperintahkan agar aku harus menyembunyikannya di dalam bumi sekali lagi.

4 Lihatlah, aku telah menulis di atas kepingan-kepingan ini bahkan hal-hal yang saudara lelaki Yared lihat; dan tidak pernah ada hal-hal yang lebih besar dinyatakan daripada yang telah dinyatakan kepada saudara lelaki Yared.

5 Oleh itu Tuhan telah memerintahkanku untuk menuliskannya; dan aku telah menuliskannya. Dan Dia memerintahkanku agar aku harus memeteraikannya; dan Dia juga telah memerintahkan agar aku harus memeteraikan terjemahannya; oleh itu aku telah memeteraikan alat-alat tafsir itu, menurut perintah Tuhan.

6 Kerana Tuhan berfirman kepadaku: Ianya tidak akan tersebar luas kepada bangsa bukan Israel sehinggalah hari tersebut bahawa mereka akan bertaubat dari kederhakaan mereka, dan menjadi bersih di hadapan Tuhan.

7 Dan pada hari itu apabila mereka akan menjalankan iman di dalam-Ku, firman Tuhan, bahkan seperti yang saudara lelaki Yared telah lakukan, agar mereka dapat dikuduskan di dalam Aku, kemudian Aku akan menyatakan kepada mereka hal-hal yang telah dilihat oleh saudara lelaki Yared, bahkan sehingga membentangkan kepada mereka semua wahyu-Ku, firman Yesus Kristus, Putera Tuhan, Bapa segala langit dan bumi, dan semua hal yang ada di dalamnya.

8 Dan dia yang akan menentang firman Tuhan, biarlah dia dikutuk; dan dia yang akan menyangkal hal-hal ini, biarlah dia dikutuk; kerana kepada mereka Aku tidak akan memperlihatkan hal-hal yang lebih besar, firman Yesus Kristus; kerana Akulah Dia yang berfirman.

9 Dan di atas perintah-Ku langit dibukakan dan ditutup; dan di atas firman-Ku bumi akan bergegar; dan di atas perintah-Ku para penduduknya akan meninggal, bahkan juga dengan api.

10 Dan dia yang tidak mempercayai firman-Ku tidak mempercayai para pengikut-Ku; dan jika demikian halnya bahawa Aku tidak berfirman, kamu pertimbangkanlah sendiri; kerana kamu akan tahu bahawa Akulah yang berfirman, pada hari terakhir.

11 Tetapi dia yang mempercayai hal-hal ini yang telah Aku firmankan, dialah yang akan Aku kunjungi dengan pernyataan Roh-Ku, dan dia akan mengetahui dan memberikan kesaksian. Disebabkan oleh Roh-Ku dia akan tahu bahawa hal-hal ini adalah benar; kerana ia mendorong manusia untuk melakukan kebaikan.

12 Dan apa-apa pun yang mendorong manusia untuk melakukan kebaikan adalah daripada-Ku; kerana kebaikan tidak datang daripada sesiapa pun kecuali daripada-Ku. Akulah orang yang sama yang menuntun manusia kepada segala kebaikan; dia yang tidak mahu mempercayai firman-Ku tidak akan mempercayai-Ku—bahawa Aku ada; dan dia yang tidak mahu mempercayai-Ku tidak akan mempercayai Bapa yang telah mengutus-Ku. Kerana lihatlah, Akulah Bapa, Akulah cahaya, dan kehidupan, dan kebenaran dunia.

13 Datanglah kepada-Ku, Wahai kamu bangsa bukan Israel, dan Aku akan memperlihatkan kepadamu hal-hal yang lebih besar, pengetahuan yang telah disembunyikan kerana ketidakpercayaan.

14 Datanglah kepadaKu, Wahai kamu bani Israel, dan akan dinyatakan kepadamu betapa besarnya hal-hal yang telah Bapa sediakan bagimu, sejak pengasasan dunia; dan ia belum datang kepadamu, disebabkan ketidakpercayaan.

15 Lihatlah, apabila kamu akan mengoyakkan tirai ketidakpercayaan itu yang menyebabkan kamu tetap tinggal di dalam keadaan kejahatanmu yang dahsyat, dan kekerasan hati, dan kebutaan fikiran, maka hal-hal yang besar dan menakjubkan yang telah disembunyikan daripadamu sejak pengasasan dunia—ya, apabila kamu akan menyeru kepada Bapa dalam nama-Ku, dengan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal, maka kamu akan mengetahui bahawa Bapa mengingati perjanjian yang Dia telah buat kepada nenek moyangmu, Wahai bani Israel.

16 Dan kemudian wahyu-wahyu-Ku yang telah Aku arahkan untuk dituliskan oleh hamba-Ku Yohanes akan didedahkan kepada mata semua orang. Ingatlah, apabila kamu melihat hal-hal ini, kamu akan mengetahui bahawa waktunya di depan mata apabila ianya akan dinyatakan dalam dunia yang nyata.

17 Oleh itu, apabila kamu akan menerima catatan ini kamu dapat mengetahui bahawa pekerjaan Bapa telah bermula di atas seluruh permukaan negeri.

18 Oleh itu, bertaubatlah kamu hujung-hujung bumi, dan datanglah kepada-Ku, dan percayalah pada Injil-Ku, dan dibaptiskanlah dalam nama-Ku; kerana dia yang percaya dan dibaptiskan akan diselamatkan; tetapi dia yang tidak percaya akan dilaknati; dan tanda-tanda akan mengiringi mereka yang percaya pada nama-Ku.

19 Dan diberkatilah dia yang didapati setia pada nama-Ku pada hari terakhir, kerana dia akan diangkat untuk tinggal di dalam kerajaan yang disediakan baginya sejak pengasasan dunia. Dan lihatlah Akulah yang telah memfirmankannya. Amin.