Perkataan yang digunakan dalam teks Yunani asli yang bermaksud “celup” atau “tenggelam.” Pembaptisan dengan pencelupan di dalam air oleh seorang yang memiliki wewenang merupakan permulaan tatacara Injil dan adalah perlu untuk menjadi seorang anggota Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Ia dilakukan selepas iman pada Yesus Kristus dan pertaubatan. Ia kemudiannya diikuti dengan penerimaan kurnia Roh Kudus untuk menjadi lengkap (2 Ne. 31:13–14 ). Pembaptisan melalui air dan Roh adalah perlu sebelum seseorang dapat memasuki kerajaan selestial. Adam adalah orang yang pertama dibaptiskan (Musa 6:64–65 ). Yesus juga telah dibaptiskan untuk menggenapi segala kebenaran dan untuk menunjukkan jalan bagi semua umat manusia (Mat. 3:13–17 ; 2 Ne. 31:5–12 ).
Oleh kerana semua yang berada di bumi tidak mempunyai peluang untuk menerima Injil semasa kefanaan, Tuhan telah memberi izin pembaptisan melalui perwakilan bagi orang mati. Oleh kerana itu, mereka yang menerima Injil di dunia roh dapat layak memasuki kerajaan Tuhan.
Untuk sekarang ini biarlah demikian untuk menggenapi segala kebenaran, Mat. 3:15 .
Yesus datang dan dibaptiskan oleh Yohanes, Mrk. 1:9 .
Orang Farisi dan guru Taurat menolak kehendak Tuhan, dengan tidak mahu dibaptiskan, Luk. 7:30 .
Kecuali seseorang dilahirkan daripada air dan daripada Roh, dia tidak dapat memasuki kerajaan Tuhan, Yoh. 3:5 .
Bertaubatlah, dan setiap orang di kalanganmu dibaptiskan, Kis. 2:38 .
Dia memerintahkan semua manusia agar mereka mesti dibaptiskan dalam nama-Nya, 2 Ne. 9:23–24 .
Manusia mesti mengikuti Kristus, dibaptis, menerima Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir supaya diselamatkan, 2 Ne. 31 .
Ajaran Kristus adalah agar manusia harus percaya dan dibaptiskan, 3 Ne. 11:20–40 .
Pembaptisan dengan pencelupan
Yesus, ketika dia dibaptiskan, keluar dari air sungai itu, Mat. 3:16 (Mrk. 1:10 ).
Yohanes membaptis orang di Ainon kerana di situ terdapat banyak air, Yoh. 3:23 .
Filipus dan pegawai sida itu turun ke dalam air, Kis. 8:38 .
Kita dikubur bersama-Nya melalui pembaptisan, Rm. 6:4 (Kol. 2:12 ).
Ikutilah Tuhanmu dan Juruselamatmu turun ke dalam air, 2 Ne. 31:13 .
Alma, Helam, dan yang lain dikuburkan di dalam air, Mosia 18:12–16 .
Dan kemudian kamu haruslah mencelupkan mereka ke dalam air, 3 Ne. 11:25–26 .
Cara pembaptisan yang betul dijelaskan, A&P 20:72–74 .
Mereka dibaptis menurut cara penguburan-Nya, dikubur di dalam air dalam nama-Nya, A&P 76:50–51 .
Adam dibawa ke bawah ke dalam air, dan dikeluarkan dari air, Musa 6:64 .
Pembaptisan adalah dengan pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa, FK 1:4 .
Pembaptisan untuk pengampunan dosa-dosa
Selepas pembaptisan datanglah pengampunan dosa-dosamu dengan api dan dengan Roh Kudus, 2 Ne. 31:17 .
Datanglah dan dibaptislah untuk pertaubatan agar kamu boleh dibasuh daripada dosa-dosamu, Alma 7:14 .
Diberkatilah mereka yang akan percaya dan dibaptiskan, kerana mereka akan menerima pengampunan dosa-dosa mereka, 3 Ne. 12:1–2 .
Pergilah dan ajarkanlah semua bangsa, membaptis dalam nama Bapa, Putera, dan Roh Kudus, Mat. 28:19 (A&P 68:8 ).
Limhi dan ramai daripada rakyatnya berhasrat untuk dibaptis, tetapi tidak ada seorang pun di negeri itu yang memiliki wewenang daripada Tuhan, Mosia 21:33 .
Aku memberikan kepadamu kuasa agar kamu akan membaptiskan, 3 Ne. 11:19–21 .
Imamat Harun memegang kunci-kunci pembaptisan dengan pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa, A&P 13 .
Mereka adalah mereka yang ditahbiskan oleh-Ku untuk membaptis dalam nama-Ku, A&P 18:29 .
Kelayakan untuk pembaptisan
Bertaubatlah kamu, dan dibaptislah dalam nama Putera Terkasih-Ku, 2 Ne. 31:11 .
Kamu mesti bertaubat dan dilahirkan kembali, Alma 7:14 .
Pastikanlah bahawa kamu tidak dibaptiskan dengan tidak layak, Morm. 9:29 .
Ajarlah para ibu bapa bahawa mereka mesti bertaubat dan dibaptiskan, dan merendahkan hati mereka, Moro. 8:10 .
Kelayakan bagi mereka yang berhasrat untuk dibaptis dinyatakan, A&P 20:37 .
Anak-anak akan dibaptis untuk pengampunan dosa-dosa mereka ketika berumur lapan tahun, A&P 68:25, 27 .
Perjanjian yang dibuat melalui pembaptisan
Kamu telah masuk ke dalam sebuah perjanjian dengan-Nya, bahawa kamu akan melayani-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya, Mosia 18:8–10, 13 .
Mereka yang bertaubat, mengambil ke atas diri mereka nama Kristus, dan bertekad untuk melayani-Nya akan diterima melalui pembaptisan, A&P 20:37 .
Pembaptisan untuk orang mati
Pembaptisan bukan untuk bayi
Anak-anak akan dibaptiskan ketika berumur lapan tahun, A&P 68:27 .
Semua anak yang mati sebelum mereka mencapai umur pertanggungjawaban diselamatkan di dalam kerajaan selestial, A&P 137:10 .