Bantuan Pengkajian
Gudang Penyimpanan


Gudang Penyimpanan

Sebuah tempat di mana uskup menerima, menyimpan dalam kepercayaan, dan menyalurkan kepada yang miskin persembahan yang dipersucikan dari para Orang Suci Zaman Akhir. Tiap gudang penyimpanan boleh sebesar atau sekecil sebagaimana keadaan menuntut. Para Orang Suci yang setia mendermakan bakat, kemahiran, bahan-bahan, dan kewangan kepada uskup untuk mengurus yang miskin pada waktu keperluan. Oleh kerana itu, gudang penyimpanan boleh termasuk daftar akan pelayanan, wang, makanan, atau barang-barang keperluan lain yang tersedia. Uskup adalah juru kuasa gudang penyimpanan dan mengedarkan barang serta pelayanan menurut keperluan dan sebagaimana diarahkan oleh Roh Tuhan (A&P 42:29–36; 82:14–19).