Pada awal Zaman Seribu Tahun, Kristus akan kembali ke bumi. Peristiwa ini akan menandai akhir masa percubaan fana bumi ini. Yang jahat akan disingkirkan dari bumi dan yang soleh akan diangkat dalam awan saat bumi dibersihkan. Sementara tak seorang pun mengetahui secara tepat bila Kristus akan datang untuk yang kedua kali, Dia telah memberikan kita tanda-tanda untuk diwaspadai yang menyatakan waktunya sedang mendekat (Mat. 24 ; JS—M 1 ).
Anak Manusia akan tiba dengan kemuliaan Bapa-Nya, Mat. 16:27 (Mat. 25:31 ).
Hari dan jamnya tidak seorang pun tahu, tetapi hanya Bapa, Mat. 24:36 (A&P 49:7 ; JS—M 1:38–48 ).
Yesus, yang kamu lihat diangkat ke syurga, akan kembali lagi dengan cara yang sama seperti yang kamu lihat tadi, Kis. 1:11 .
Tuhan sendiri akan turun dari syurga, 1Â Tes. 4:16 .
Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri, 2Â Ptr. 3:10 .
Tuhan akan datang dengan beribu-ribu malaikat-Nya yang suci, Yud. 1:14 .
Dia datang dengan awan; Semua orang akan melihat Dia, Why. 1:7 .
Bersedialah kamu, bersedialah kamu, kerana Tuhan sudah dekat, A&P 1:12 .
Aku akan menunjukkan diri-Ku dari syurga dengan kuasa dan tinggal di atas bumi selama seribu tahun, A&P 29:9–12 .
Angkatlah suaramu dan menyerukan pertaubatan, menyediakan jalan Tuhan untuk kedatangan kedua-Nya, A&P 34:5–12 .
Aku ialah Yesus Kristus, dan akan datang secara tiba-tiba ke bait suci-Ku, A&P 36:8 (A&P 133:2 ).
Harinya akan segera datang apabila kamu akan melihat-Ku, dan mengetahui bahawa Aku ada, A&P 38:8 .
Dia yang takut kepada-Ku akan menanti-nantikan tanda-tanda kedatangan Putera Manusia, A&P 45:39 .
Muka Tuhan akan didedahkan, A&P 88:95 .
Hari Tuhan yang agung dan mengerikan sudah dekat, A&P 110:16 .
Apabila Juruselamat akan muncul kita akan melihat-Nya seperti Dia seadanya, A&P 130:1 .
Juruselamat akan berdiri di tengah-tengah umat-Nya dan akan memerintah, A&P 133:25 .
Siapakah ini yang turun dari Tuhan di dalam syurga dengan pakaian yang berwarna, A&P 133:46 (Yes. 63:1 ).