Tugas Lihat juga Patuh, Kepatuhan, Mematuhi Dalam tulisan suci, merupakan suatu urusan, tugasan tertentu, atau tanggungjawab, yang sering diberikan oleh Tuhan atau para hamba-Nya. Taatilah perintah-perintah-Nya: kerana ini adalah kewajiban setiap orang, Pkh. 12:13. Apakah yang dituntut Tuhan daripadamu, selain berlaku adil, Mi. 6:8. Kita harus taat kepada Tuhan daripada kepada manusia, Kis. 5:29. Mereka didera dengan kesengsaraan untuk menggugah mereka sebagai ingatan akan kewajipan mereka, Mosia 1:17. Tugas-tugas para penatua, imam, pengajar, dan diaken dijelaskan, A&P 20:38–67. Para pemegang imamat hendaklah melaksanakan segala kewajipan keluarga, A&P 20:47, 51. Tugas-tugas para anggota selepas pembaptisan dijelaskan, A&P 20:68–69. Para penatua-Ku hendaknya menunggu untuk suatu masa yang singkat agar umat-Ku boleh mengetahui dengan lebih sempurna mengenai kewajipan mereka, A&P 105:9–10. Biarlah setiap lelaki mempelajari kewajipannya, A&P 107:99–100.