Bantuan Pengkajian
Adam


Adam

Manusia pertama yang diciptakan di atas bumi.

Adam ialah bapa dan bapa bangsa bagi semua bangsa di atas bumi. Pelanggarannya di Taman Eden (Kej. 3; A&P 29:40–42; Musa 4) telah menyebabkannya “jatuh” dan menjadi fana, satu langkah yang perlu agar manusia dapat berkembang di atas bumi ini (2 Ne. 2:14–29; Alma 12:21–26). Maka, Adam dan Hawa seharusnya dihormati bagi peranan mereka dalam memungkinkan pertumbuhan kekal kita. Adam ialah Yang Lanjut Usianya dan juga dikenali sebagai Mikhael (Dan. 7; A&P 27:11; 107:53–54; 116; 138:38). Dia ialah malaikat agung (A&P 107:54) dan akan datang lagi ke bumi sebagai bapa bangsa bagi keluarga manusia (A&P 116).