Aniaya, Penganiayaan Lihat juga Kesusahan Menyebabkan kepedihan atau rasa sakit kepada yang lain kerana kepercayaan atau status sosial mereka; mengacau atau menindas. Diberkatilah mereka yang dianiaya demi kebenaran, Mat. 5:10 (3 Ne. 12:10). Berdoalah bagi mereka yang dengan menghina memanfaatkanmu dan menganiayamu, Mat. 5:44 (3 Ne. 12:44). Kerana mereka kaya, mereka menganiaya yang lembut hati, 2 Ne. 9:30 (2 Ne. 28:12–13). Yang soleh yang menanti-nantikan Kristus terlepas dari segala penganiayaan tidak akan binasa, 2 Ne. 26:8. Semua hal ini akan memberi engkau pengalaman, A&P 122:7.