Benci, Kebencian Lihat juga Kasih; Pembalasan; Permusuhan Benci ialah perasaan tidak suka yang kuat terhadap seseorang atau terhadap sesuatu. Aku, Tuhan, membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya yang membenci Aku, Kel. 20:5. Enam perkara ini yang dibenci Tuhan, Ams. 6:16. Orang yang bodoh menghina ibunya, Ams. 15:20. Dia dihina dan ditolak oleh manusia, Yes. 53:3. Berbuat baiklah pada mereka yang membenci kamu, Mat. 5:44. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau dia akan berpegang pada yang satu, dan menghina yang lain, Mat. 6:24. Kamu akan dibenci semua orang demi kepentingan nama-Ku, Mat. 10:22. Setiap orang yang berbuat jahat membenci terang, Yoh. 3:20. Jangan biarkan seorang pun menghinamu kerana engkau muda, 1 Tim. 4:12. Kerana mereka kaya, mereka menghina yang miskin, 2 Ne. 9:30. Janganlah mengeji wahyu-wahyu daripada Tuhan, Yakub 4:8. Mereka memiliki kebencian abadi terhadap kami, Yakub 7:24. Manusia memperlecehkan nasihat-nasihat Tuhan, dan meremehkan firman-Nya, A&P 3:7. Aku dikeji dan dianiaya kerana mengatakan bahawa aku telah melihat sebuah penglihatan, JS—S 1:25.