Kemuliaan Selestial Lihat juga Kehidupan Abadi; Permuliaan; Tahap-tahap Kemuliaan Yang tertinggi dari tiga tahap kemuliaan yang seseorang boleh capai selepas kehidupan ini. Di sinilah orang yang soleh akan berdiam dalam hadirat Tuhan Bapa dan Putera-Nya Yesus Kristus. Kemuliaan selestial adalah satu, 1 Kor. 15:40 (A&P 76:96). Paulus diangkat ke syurga yang tertinggi, 2 Kor. 12:2. Kemuliaan selestial ditunjukkan dalam penglihatan, A&P 76:50–70. Jika Para Orang Suci menghasratkan sebuah tempat di dunia selestial, mereka mesti mempersiapkan diri, A&P 78:7. Dia yang tidak dapat mematuhi hukum kerajaan selestial tidak dapat bertahan dalam kemuliaan selestial, A&P 88:15–22. Di dalam kemuliaan selestial ada tiga syurga; syarat-syarat dinyatakan bagi mencapai yang tertinggi, A&P 131:1–2. Anak-anak yang mati sebelum mereka mencapai umur pertanggungjawaban diselamatkan di dalam kerajaan selestial, A&P 137:10.