Samaria
Dalam Perjanjian Lama, ibu kota dari kerajaan Israel sebelah utara (1 Raj. 16:23–24). Kerana kedudukan tentera yang kuat di atas bukit, orang-orang Assyria tidak dapat merebutnya sampai setelah pengepungan tiga tahun (2 Raj. 17:5–6). Herodes membangunnya kembali dan menyebutnya Sebaste. Pada zaman Perjanjian Baru, Samaria adalah nama seluruh wilayah pusat Palestina sebelah barat Yordan.