Bantuan Pengkajian
Asa


Asa

Di dalam Perjanjian Lama, merupakan raja ketiga Yehuda. Tulisan suci mencatatkan bahawa dia “tetap setia kepada Tuhan seumur hidupnya” (1 Raj. 15:14). Semasa pemerintahannya, dia membangunkan angkatan tentera kepada keadaan yang efisien, membebaskan rakyat daripada tekanan orang Kus, memusnahkan berhala-berhala palsu, dan mengundang rakyat untuk membuat sebuah perjanjian untuk mencari Yehovah (1 Raj. 15–16; 2 Taw. 14–16). Bagaimanapun, apabila dia mendapat penyakit pada kakinya, dia tidak mencari pertolongan dari Tuhan dan meninggal dunia (1 Raj. 15:23–24; 2 Taw. 16:12–13).

Cetak