Diselamatkan dari baik kematian jasmani mahupun rohani. Semua orang akan diselamatkan dari kematian jasmani melalui rahmat Tuhan, melalui kematian dan kebangkitan Yesus Kristus. Tiap individu juga dapat diselamatkan dari kematian rohani melalui rahmat Tuhan melalui iman kepada Yesus Kristus. Iman ini dinyatakan dalam kehidupan dengan kepatuhan pada hukum dan tatacara Injil serta pelayanan kepada Kristus.
Tuhan adalah cahayaku dan penyelamatku, Mzm. 27:1 .
Hanya Dia batuku dan penyelamatku, Mzm. 62:2 .
Injil adalah kuasa Tuhan pada keselamatan, Rm. 1:16 (A&P 68:4 ).
Terus berusaha untuk keselamatanmu dengan ketakutan, Flp. 2:12 .
Tuhan telah memilih kamu antara orang yang terdahulu sekali diselamatkan-Nya, 2Â Tes. 2:13 .
Yesus Kristus, satu-satunya nama yang dengannya keselamatan akan datang, Musa 6:52 (Kis. 4:10–12 ).
Kami percaya bahawa melalui Korban Tebusan Kristus, seluruh umat manusia boleh diselamatkan, FK 1:3 .
Keselamatan anak-anak kecil
Anak-anak kecil juga memperoleh kehidupan abadi, Mosia 15:25 .
Pembaptisan anak-anak kecil adalah suatu kekejian, dan anak-anak kecil hidup di dalam Kristus kerana Korban Tebusan, Moro. 8:8–24 .
Anak kecil ditebus sejak pengasasan dunia melalui Putera Tunggal-Ku; Setan tidak dapat menggoda mereka, A&P 29:46–47 .
Anak-anak harus diajarkan Injil dan dibaptis apabila berumur lapan tahun, A&P 68:25–28 .
Anak-anak kecil dikuduskan melalui korban tebusan Yesus Kristus, A&P 74:7 .
Manusia sekali lagi menjadi, dalam keadaan bayi mereka, tidak berdosa, A&P 93:38 .
Semua anak yang mati sebelum mereka mencapai umur kebertanggungjawaban diselamatkan di dalam kerajaan syurga selestial, A&P 137:10 .