Bantuan Pengkajian
Yesaya


Yesaya

Seorang nabi dari Perjanjian Lama yang bernubuat dari 740–701 S.M. Sebagai penasihat kepada Raja Hizkia, Yesaya mempunyai pengaruh keagamaan dan politik yang besar.

Yesus memetik kata-kata Yesaya lebih kerap daripada Dia memetik perkataan nabi lain. Yesaya juga kerap dipetik oleh Petrus, Yohanes, dan Paulus di dalam Perjanjian Baru. Kitab Mormon dan Ajaran dan Perjanjian mengandungi lebih banyak petikan dari Yesaya daripada mana-mana nabi lain dan menyediakan banyak pertolongan dalam menafsirkan Yesaya. Nefi mengajar orang-orangnya dari tulisan-tulisan Yesaya (2 Ne. 12–24; Yes. 2–14). Tuhan memberitahu bangsa Nefi bahawa “agungnya kata-kata Yesaya” dan segala hal yang dinubuatkan oleh Yesaya akan digenapi (3 Ne. 23:1–3).

Kitab Yesaya

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Lama. Kebanyakan nubuat Yesaya berkenaan tentang kedatangan Penebus, sama ada dalam pelayanan duniawi-Nya (Yes. 9:6) dan sebagai Raja Agung pada hari terakhir (Yes. 63). Dia juga bernubuat banyak mengenai masa depan Israel.

Bab 1 ialah prakata bagi selebihnya dari kitab tersebut. Yesaya 7:14; 9:6–7; 11:1–5; 53; dan 61:1–3 memberikan bayangan mengenai misi Juruselamat. Bab 2, 11, 12, dan 35 berurusan tentang peristiwa-peristiwa pada zaman akhir, bilakah Injil akan dipulihkan, Israel akan dikumpulkan, dan tanah yang haus akan bermekaran seperti bunga mawar. Bab 29 mengandungi nubuat tentang kedatangan Kitab Mormon (2 Ne. 27). Bab 40–46 memaklumkan keunggulan Yehovah sebagai Tuhan sejati ke atas para tuhan berhala dari para penyembah kafir. Bab-bab yang selebihnya, 47–66, berurusan tentang peristiwa-peristiwa dalam pemulihan Israel yang terakhir dan penegakan Sion, bersama Tuhan yang berdiam di antara umat-Nya.

Cetak