Kurnia Bahasa Lihat juga Kurniaan Roh; Lidah Suatu kurnia Roh Kudus yang membenarkan para individu yang diilhami untuk bercakap dalam, memahami, atau mentafsirkan bahasa yang tidak lazim. Kami percaya pada kurnia bahasa (FK 1:7). Mereka dipenuhi dengan Roh Kudus, dan bermula bercakap dengan pelbagai loghat, Kis. 2:4. Dia yang bercakap dalam bahasa tidak dikenali tidak becakap kepada manusia, tetapi kepada Tuhan, 1 Kor. 14:1–5, 27–28. Bahasa-bahasa adalah sebuah tanda kepada mereka yang tidak percaya, 1 Kor. 14:22–28. Kemudian datanglah pembaptisan oleh api dan oleh Roh Kudus; dan mereka boleh bercakap dengan bahasa mailaikat, 2 Ne. 31:13–14. Amaleki mendorong semua orang untuk percaya dalam kurnia berbicara dengan bahasa-bahasa, Omni 1:25. Diberikan kepada segelintir untuk berbicara dengan bahasa-bahasa; Dan kepada yang lain diberikan penafsiran bahasa-bahasa, A&P 46:24–25 (1 Kor. 12:10; Moro. 10:8, 15–16). Biarlah kurnia bahasa dicurahkan, A&P 109:36.