Anak Domba Tuhan Lihat juga Menebus, Korban Tebusan; Paskah; Yesus Kristus Sebuah nama bagi Juruselamat yang merujuk pada Yesus sebagai persembahan korban yang diberikan bagi pihak kita. Dia dibawa bagaikan seekor anak domba ke pembantaian, Yes. 53:7 (Mosia 14:7). Lihatlah Anak Domba Tuhan, yang mengambil dosa-dosa dunia, Yoh. 1:29 (Alma 7:14). Kamu telah ditebus dengan darah Kristus yang berharga, seperti seekor anak domba tanpa cela, 1 Ptr. 1:18–20. Layaklah Anak Domba yang dibunuh itu, Why. 5:12. Kita mengatasi Setan melalui darah Anak Domba, Why. 12:11. Mereka ini dijadikan putih di dalam darah Anak Domba, kerana iman mereka kepada Dia, 1 Ne. 12:11. Anak Domba Tuhan ialah Putera Bapa yang Abadi, dan Juruselamat dunia, 1 Ne. 13:40 (1 Ne. 11:21). Berserulah dengan kuat kepada Bapa dalam nama Yesus, semoga kamu boleh dibersihkan melalui darah Anak Domba, Morm. 9:6 (Why. 7:14; Alma 34:36). Putera Manusia ialah Anak Domba yang dibunuh sejak pengasasan dunia, Musa 7:47.