Mengkhutbahkan Lihat juga Injil; Pekerjaan Penginjilan Memberikan pesan yang menyediakan pemahaman yang lebih baik tentang suatu asas atau ajaran Injil. Tuhan telah memilihku untuk mengkhutbahkan khabar baik kepada yang lembut hati, Yes. 61:1 (Luk. 4:16–21). Pergilah ke Niniwe, kota besar itu. Beritahulah penduduk kota itu, Yun. 3:2–10. Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, Mat. 4:17. Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik kepada seluruh umat manusia, Mrk. 16:15. Kami mengisytiharkan Kristus yang disalibkan, 1 Kor. 1:22–24. Dia pergi dan mengkhutbahkan kepada roh-roh yang dipenjarakan, 1 Ptr. 3:19. Dan tidak ada apa pun kecuali berkhutbah dan mendorong mereka terus-menerus untuk menjaga mereka dalam rasa takut akan Tuhan, Enos 1:23. Dia memerintahkan mereka agar mereka hendaknya tidak mengkhutbahkan apa pun kecuali pertaubatan dan iman kepada Tuhan, Mosia 18:20. Pengkhutbahan firman mempunyai kecenderungan besar untuk menuntun umat itu untuk melakukan apa yang adil, Alma 31:5. Kamu tidak perlu menganggap bahawa kamu dipanggil untuk berkhutbah sehinggalah kamu dipanggil, A&P 11:15. Ia tidak akan diberikan kepada sesiapa pun untuk pergi mengkhutbahkan kecuali dia ditahbiskan oleh seseorang yang memiliki wewenang, A&P 42:11. Dan Injil ini akan dikhutbahkan kepada setiap negara, A&P 133:37. Injil mulai dikhutbahkan, sejak permulaan, Musa 5:58.