Curi, Mencuri Mengambil sesuatu dari orang lain secara tidak jujur atau secara tidak sah. Tuhan selalu memerintahkan anak-anak-Nya untuk tidak mencuri (Kel. 20:15; Mat. 19:18; 2 Ne. 26:32; Mosia 13:22; A&P 59:6). Kumpulkanlah harta di syurga, kerana pencuri tidak datang untuk mencurinya, Mat. 6:19–21. Kejatuhan bangsa Nefi berlaku disebabkan keangkuhan, kekayaan, menjarah, mencuri, Hel. 4:12. Dia yang mencuri dan tidak mahu bertaubat akan diusir, A&P 42:20. Mereka yang mencuri akan diserahkan pada undang-undang negara, A&P 42:84–85.