Dosa Lihat juga Fasiq; Jahat, Kejahatan; Keji, Kekejian; Kekotoran, Kotoran; Pemberontakan; Singgung; Tidak Soleh, Ketidaksolehan Ketidakpatuhan yang dikehendaki pada perintah-perintah Tuhan. Sesiapa menyembunyikan dosanya tidak akan makmur, Ams. 28:13. Walaupun dosamu bagaikan merah marak kerana dosa kamu, mereka akan menjadi putih seperti salji, Yes. 1:18. Pendosa akan mati, dan yang soleh akan diselamat, Yeh. 18. Anak Domba Tuhan yang menghapus dosa dunia, Yoh. 1:29. Dibaptislah dan hapuskan dosamu, Kis. 22:16. Kematian adalah upah dosa, Rm. 6:23. Seseorang yang tidak melakukan apa yang baik dan yang harus dilakukan, orang itu berdosa, Yak. 4:17. Akankah Engkau menjadikanku agar aku menggementar apabila munculnya dosa, 2 Ne. 4:31. Celakalah mereka yang mati dalam dosa-dosa mereka, 2 Ne. 9:38. Mereka tidak dapat memandang pada dosa kecuali dengan kebencian, Alma 13:12. Janganlah mengira bahawa kamu akan dipulihkan daripada dosa pada kebahagiaan, Alma 41:9–10. Tuhan tidak dapat memandang dosa walau dengan sedikit keizinan pun, Alma 45:16 (A&P 1:31). Anak-anak kecil tidak mampu berbuat dosa, Moro. 8:8. Untuk bertaubat, manusia mesti mengakui dan meninggalkan dosa-dosanya, A&P 58:42–43. Dosa yang lebih besar tertinggal di dalam dirinya yang tidak mengampuni, A&P 64:9. Dia yang berdosa terhadap cahaya yang lebih terang itu akan menerima penghukuman yang lebih besar, A&P 82:3. Kepada jiwa yang berdosa itu, dosa-dosa yang terdahulu akan kembali, A&P 82:7. Apabila kita berusaha untuk menutup dosa-dosa kita, syurga menarik dirinya, A&P 121:37.