Kurnia Lihat juga Kurnia Roh Kudus; Kurniaan Roh Tuhan memberikan manusia banyak berkat dan kurniaan. Terdapat banyak kurnia-kurnia rohani, 1 Kor. 12:4–10. Berusahalah untuk memperoleh kurnia-kurnia yang paling utama, 1 Kor. 12:31. Setiap anugerah yang sempurna datangnya dari Tuhan, Yak. 1:17. Kuasa Roh Kudus adalah kurnia Tuhan, 1 Ne. 10:17. Mereka yang berkata tidak ada kurniaan tidak mengetahui Injil Kristus, Morm. 9:7–8. Setiap kurniaan yang baik datang daripada Kristus, Moro. 10:8–18. Kehidupan abadi ialah kurnia yang terbesar dari segala kurnia Tuhan, A&P 14:7 (1 Ne. 15:36). Kurniaan diberikan kepada mereka yang mengasihi Tuhan, A&P 46:8–11. Kepada semua orang tidaklah diberikan setiap kurnia kepada mereka, A&P 46:11–29.