Soleh, Kesolehan Lihat juga Berjalan, Berjalan dengan Tuhan; Integriti; Layak, Kelayakan; Perintah-perintah Tuhan; Tidak Soleh, Ketidaksolehan Menjadi soleh, kudus, mulia, lurus; bertindak dalam kepatuhan pada perintah-perintah Tuhan; menghindari dosa. Tuhan akan memberkati yang soleh, Mzm. 5:12. Tuhan memperhatikan orang soleh, Mzm. 34:15, 17 (1 Ptr. 3:12). Apabila orang yang adil memerintah, rakyat gembira, Ams. 29:2 (A&P 98:9–10). Diberkatilah mereka semua yang lapar dan haus terhadap kesolehan, Mat. 5:6 (3 Ne. 12:6). Utamakanlah kerajaan Tuhan dan lakukanlah kesolehan-Nya, Mat. 6:33. Mereka yang soleh akan menerima hidup kekal, Mat. 25:46. Doa orang yang soleh mempunyai kuasa yang besar, Yak. 5:16. Dia yang soleh dikasihi oleh Tuhan, 1 Ne. 17:35. Dia akan memelihara yang soleh; mereka tidak perlu takut, 1 Ne. 22:17, 22. Setan tidak berkuasa kerana kesolehan umat Tuhan, 1 Ne. 22:26. Jika tiada kesolehan, tiadalah kebahagiaan, 2 Ne. 2:13. Mereka yang soleh akan mewarisi kerajaan Tuhan, 2 Ne. 9:18. Yang soleh tidak takut kata-kata kebenaran, 2 Ne. 9:40. Seluruh umat manusia mesti diubah daripada keadaan kesolehan, Mosia 27:25–26. Nama orang soleh akan ditulis dalam kitab kehidupan, Alma 5:58. Kamu telah mencari kebahagiaan dengan melakukan kederhakaan, yang mana hal itu bertentangan dengan sifat kebenaran, Hel. 13:38. Nyanyian orang-orang soleh adalah doa bagi-Ku, A&P 25:12. Berdirilah, dengan mengenakan perisai dada kesolehan, A&P 27:16 (Ef. 6:14). Kematian orang soleh adalah manis bagi mereka, A&P 42:46. Yang soleh akan dikumpulkan keluar dari kalangan segala bangsa, A&P 45:71. Manusia seharusnya bersemangat terlibat dalam perkara yang baik, dan melakukan banyak hal dari keinginan bebas mereka sendiri, A&P 58:27. Dia yang melakukan pekerjaan kesolehan akan menerima kedamaian di dunia ini dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang, A&P 59:23. Pada Kedatangan Kedua, ada suatu pemisahan menyeluruh di antara yang soleh dan yang jahat, A&P 63:54. Kuasa syurga tidak dapat dikawal kecuali berdasarkan asas-asas kesolehan, A&P 121:36. Di kalangan yang soleh terdapatnya kedamaian, A&P 138:22. Umat Sion berdiam dalam kesolehan, Musa 7:18. Abraham seorang pengikut kebenaran, Abr. 1:2.