Alma yang Tua Seorang nabi bangsa Nefi di dalam Kitab Mormon yang mengorganisasikan Gereja pada zaman Raja Nuh yang jahat. Sebelumnya seorang imam kepada Raja Nuh yang jahat dan seorang keturunan dari Nefi, Mosia 17:1–2. Selepas mendengar dan mempercayai Abinadi, telah dihalau keluar oleh raja. Dia melarikan diri, bersembunyi, dan menuliskan kata-kata Abinadi, Mosia 17:3–4. Bertaubat dan mengajarkan kata-kata Abinadi, Mosia 18:1. Membaptis di perairan Mormon, Mosia 18:12–16. Menubuhkan Gereja, Mosia 18:17–29. Tiba bersama orang-orangnya di Zarahemla, Mosia 24:25. Diberikan wewenang ke atas Gereja, Mosia 26:8. Mengadili dan memimpin Gereja, Mosia 26:34–39. Menganugerahkan jawatan imam tinggi ke atas anak lelakinya, Alma 4:4 (Mosia 29:42; Alma 5:3).