Bantuan Pengkajian
Dan


Dan

Dalam Perjanjian Lama, merupakan seorang anak lelaki kepada Yakub dan Bilha, hamba perempuan Rahel (Kej. 30:5–6).

Suku Dan

Untuk berkat Yakub ke atas Dan, lihat Kejadian 49:16–18. Bagi berkat Musa ke atas suku Dan, lihat Ulangan 33:22. Selepas mereka menetap di Kanaan, suku Dan menerima sebuah negeri yang kecil tetapi amat subur (Yos. 19:40–48). Mereka mempunyai banyak kesukaran untuk melindunginya daripada orang Amori (Hak. 1:34) dan daripada orang Filistin (Hak. 13:2, 25; 18:1). Hasilnya, suku Dan berpindah ke utara Palestin (Hak. 18), sekitar Lais, dan menamakan semula kota tersebut sebagai Dan. Kota ini terkenal sebagai had bahagian utara Palestin, yang berlanjutan “dari Dan bahkan sehingga ke Bersyeba.”

Cetak