Bantuan Pengkajian
Menista, Nista


Menista, Nista

Bertutur dengan biadap atau secara tidak hormat tentang Tuhan atau hal-hal yang kudus.

Yesus telah dituduh beberapa kali oleh orang Yahudi dengan bertutur kata-kata nista kerana Dia menuntut hak untuk mengampuni dosa-dosa (Mat. 9:2–3; Luk. 5:20–21), kerana Dia memanggil diri-Nya Putera Tuhan (Yoh. 10:22–36; 19:7), dan kerana Dia berkata mereka akan melihat Dia duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di atas awan-awan di langit (Mat. 26:64–65). Tuduhan-tuduhan ini mungkin menjadi benar jika Dia sebenarnya bukan menjadi seperti semua yang telah Dia katakan. Tuduhan dibawa terhadap-Nya oleh para saksi palsu pada perbicaraan di hadapan Sanhedrin (Mat. 26:59–61) adalah tentang nista terhadap bait suci Tuhan. Nista terhadap Roh Kudus, yang mana dengan rela menyangkal Kristus setelah menerima pengetahuan sempurna tentang-Nya, merupakan dosa yang tidak dapat diampuni (Mat. 12:31–32; Mrk. 3:28–29; A&P 132:27).

Cetak