Suara Lihat juga Wahyu Sebagaimana digunakan dalam tulisan suci, kadang-kadang pesan yang terdengar diucapkan oleh Tuhan atau para utusan-Nya. Suara Roh boleh juga tak terdengar dan diarahkan pada hati atau fikiran. Adam dan Hawa mendengar suara Tuhan Raja, Kej. 3:8 (Musa 4:14). Tuhan berfirman kepada Elia dengan suara kecil yang lembut, 1 Raj. 19:11–13. Yang soleh mengikut suara Gembala Baik, Yoh. 10:1–16. Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan suara-Ku, Yoh. 18:37. Aku mematuhi suara Roh, 1 Ne. 4:6–18. Datanglah suatu suara kepadaku, memfirmankan: Enos, dosa-dosamu diampuni, Enos 1:5. Adalah suara yang tenang dengan kelembutan yang sermpurna dan meusuk bahkan terus ke dalam jiwa, Hel. 5:29–33 (3 Ne. 11:3–7). Sama ada melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, ia adalah sama, A&P 1:38. Apa pun yang akan mereka ucapkan apabila diilhami oleh Roh Kudus akan menjadi suara Tuhan, A&P 68:2–4. Setiap jiwa yang mematuhi suara-Ku akan melihat muka-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada, A&P 93:1.