Pemahaman Lihat juga Kebenaran; Kebijaksanaan; Pengetahuan Memperoleh pengetahuan tentang atau mengenal erti dari suatu kebenaran, termasuk penerapannya pada kehidupan. Janganlah bersandar kepada pemahaman sendiri, Ams. 3:5. Dengan apa pun yang kamu kejar, dapatlah pengertian, Ams. 4:7. Yesus bercakap dalam perumpamaan dan ada yang tidak mengerti, Mat. 13:12–17. Tuhan membuka pemahaman mereka, Luk. 24:45. Jika kamu tidak memahaminya, ia adalah kerana kamu tidak bertanya, 2 Ne. 32:4 (3 Ne. 17:3). Catatan-catatan ini diperliharakan supaya kita dapat membaca dan memahami, Mosia 1:2–5. Kerana ketidakpercayaan mereka, mereka tidak dapat memahami firman Tuhan, Mosia 26:3. Mereka adalah lelaki yang berpemahaman kukuh, Alma 17:2–3. Firman itu mula menerangi pergertianku, Alma 32:28. Marilah kita berbincang bersama, agar kamu boleh memahami, A&P 50:10–12, 19–23. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka untuk faham, A&P 68:25. Pekerjaan dan misteri-misteri Tuhan hanya dapat difahami melalui Roh Kudus, A&P 76:114–116. Setan berusaha utuk memalingkan hati mereka daripada, A&P 78:10. Cahaya Kristus menghidupkan pemahaman kita, A&P 88:11.